Showing posts with label saya nak kurus. Show all posts
Showing posts with label saya nak kurus. Show all posts

Wednesday, 3 May 2017

Kesan diet Military dalam hidup saya



Hi Wawa,
Minta maaf sebab prolong topik post seperti dijanjikan atas sebab-sebab tertentu. Hope, post ini dapat membantu Wawa serta mereka yang lain dalam berusaha untuk fit dan kurus secara sihat. First thing first-decalaration : saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan ikhlas dan share untuk mereka yang mencari maklumat tentang diet untuk turunkan berat badan secara sihat. Dan saya prefer lepas baca post ini, korang boleh buat research dan compare post  saya untuk memastikan kesahihannya serta untuk penambahan ilmu korang masing-masing.

Stage untuk diet?
So far stage  diet tak ada. Tetapi untuk workout, yes ada stage-stage yang saya buat (sebab tak tahu kena belajar daripada orang ). Tapi untuk diet selalunya nasihat saya , kalau korang cuba diet tu tak berkesan 2-3 minggu. Baik korang tukar kepada diet yang lain.

Figure 1 Berubahan diet mengunakan diet yang seimbang

Macam mana nak tahu diet tu berkesan atau tidak?
Kasi masa untuk badan adapt dengan diet yang kita amalkan (especially kalau baru tukar diet plan ). Kalau tak ada perubahan dalam masa 3-4 minggu contohnya berat tak turun, ukur lilit tak ada perubahan malahan memberi kesan prestasi stamina workout kita. Baik tukar plan diet yang lain dan kaji serta fahami diet yang kita hendak buat.

Boleh tak Military diet kuruskan badan ?
Saya tak sarankan  Wawa buat military diet sebab tengok IG Wawa, figure Wawa ok tak macam saya dulu. Tapi low calori diet macam military diet hanya boleh dipakai untuk orang tertentu dalam jangka masa tertentu.




Figure 2 Diet rendah kalori, cuba bandingkan perubahan low calories diet dengan Figure 2 dan diet sihat pada Figure 2. Perubahan lebih jelas sihat dan kekal lama adalah daripada diet yang sihat bukannya diet short cut atau rendah

Kenapa tak boleh buat low calori diet atau military diet?
(Bukan nak berlagak ke apa untuk kata saya dah buat semua diet gila yang tak sihat tu), namakan semua low calori diet yang  ada. Hampir kesemua low calori diet saya pernah buat contoh ballet diet, stewardess diet, Victoria secret diet, model diet, Coffee diet etc. 5 tahun buat tak juga kurus. Adalah turun tapi lepas makan normal gain balik 2 kali. Tak payah makan normal buat cheat day sehari pun dah cukup gain back 3kg.

p/s: btw victoria secret diet yang ada dalam internet tu tipu. If you follow betul-betul lifestyle victoria secret model, dorang preferable workout dan jaga makan . Bukannya low calori diet.





Apa itu Low -calori diet?
Adalah diet yang mempunyai kalori antara 800 -1000 kalori keseluruhan untuk satu hari. Remember this tips formula :

counting calori  = reduce weight not fat
control nutrient/macro/micro = reduce fat

Jadi kaji semula apa tujuaan anda berdiet dan fokuskan diet tersebut serta pastikan sihat.





Siapa yang boleh buat low calori diet?
Orang yang sesuai buat low calori diet adalah mereka yang mempunyai BMI lebih 30 maksudnya kategori obesiti. BMI normal mahupun overweight tak sesesuai (lagi sekali tak sesuai sebab kesudahanya kalau BMI normal ataupun overweight kalau dia buat low calori diet dia akan menternak lemak balik (explanation read this  article link) 


Kenapa orang obesity sahaja boleh buat low calori?
Orang obesti lebih terdedah kepada penyakit diabetes,high cholestrol dan blood preasure. Dan orang obesiti, aktiviti aktif kepada mereka adalah terhad atas sebab-sebab tertentu.Berdasarkan pengalaman saya sebab orang yang pernah berada stage obesiti yang pernah melawat dan menjalankan terapi di Slimming Center, mereka akan timbang berat kita untuk tentukan BMI dan kesudahanya mereka akan reka satu plan menu diet berdasarkan kategori BMI. Dan memang masa tu diet diamalkan low calori selama dua minggu dan jadual dia sangat ketat. Jadi tak payahlah membazir masa pergi slimming center ( yang betul kaya bapak tak apa) , sebab kesudahanya dia masih suruh kita diet yang rendah kalori dan bila peringkat tertentu baru boleh guna equipment moden untuk pecah lemak ( which is sama sahaja konsep dia macam masuk gym )



Figure 3 Ini adalah timeline semasa saya diet merapu


Kenapa tidak digalakkan buat low calori?
Daripada buat low calori diet lagi afdal terus puasa (sunat tak pun qada) dapat faedahnya kalau yang bukan non muslim, you can try  intermittent diet. Tapi aku percaya every religion ada puasa dia sendiri. Daripada buat low calori diet yang tak berfaedah better puasa ada dua bonus kita dapat- sihat dan pahala. Ada sebabnya kenapa low calori diet tidak berkesan untuk BMI overweight dan normal. Sebab (link) :

1) bila kita tidak makan, badan akan menahan "lemak" kita untuk mechaniscm survvior akibatnya yang ada adalah lemak di dalam badan.
 2) low calori cepat membuatkan kita berputus asa dan tidak "consistent"
3) next time kita buat low calori diet, dia tidak berkesan dan makin sukar kita menurunkan berat badan.


Permulaan Makanan untuk diet?
Untuk cara saya, (eat clean lebih flexible) sebab dia menekankan makanan yang tidak diproses dan tiada minyak, garam dan gula. Jadi Basically mudah dan saya tiada menu plan. Saya makan apa sahaja tetapi makanan yang lebih organik, fresh . Manakala daripada carbs saya control, saya hanya makan bila saya mahu workout lebih dan seminggu sekali saya akan buat cheat meal kalau minggu tu saya naik berat badan atau tidak turun cheat meal saya akan jadi dua minggu sekali.

Figure 4 Sekarang


Apakah kunci kejayaan kurus?
80 % jaga makan dan 20% senaman. Kalau tak boleh kawal makan percentage dia  0% jaga makan 110% senaman . (Percaya 20% senaman tu pun dah separuh pengsan). Kalau kita tengok mana-mana diet yang sihat pun 3 benda kita kena cut iaitu gula, garam dan minyak. Kalau tak percaya cuba try seminggu tengok apa jadi, korang akan lebih rasa sihat dan bertenaga (except BMI obesiti , sebab kesan dia akan mengambil masa)

=

Friday, 10 March 2017

Makan bihun untuk kurus?

Aku ni bukanlah pandai sangat ( tak ada pun certificate Personal Training) tapi boleh sekadar berkongsi dan memberi idea tentang ini.  Terlahir idea untuk entri ini bila aku ada following PT Syai  Aizat (Facebook link),aku follow Syai Aizat sebab dia tidak kedekut untuk memberi ilmu dan pendapat.Aku boleh recommend page beliau so far ringkas dan mudah untuk digest, yang susah-susah ni jenuh aku nak buka kitab biologi nanti nak faham. Seperti PT-PT page lain yang aku follow juga, aku tidaklah digest bulat-bulat. Kita  sebenarnya yang SENDIRI hendaklah buat research juga ( do your homework kalau tak nak berguru/ belajar daripada orang berpengalaman) baru apa kita faham untuk badan yang kita hendak.


Kadang aku tak tahu tanya, pergi tebal muka tanya dekat PT-PT terkenal tu dekat ruang comment. Kadang-kadang berbalas kekadang tidak… tak pun pergi tanya orang pandai-pandai dekat gym tu ( again janganlah digest bulat-bulat, nak senang terus masuk kelas PT yang korang percaya ).Cerita balik Facebook Syai Aizat, hari itu dia cerita pasal Bihun ni sesuai untuk orang makan untuk kurus ke tidak? Rata-rata semua tak faham apa konsep Syai Aizat ( pendapat aku lah, jangan marah). Kurus is kurus…. Bakar lemak tu cerita lain.  Tapi hakak tepek dulu photo yang hakak save daripada PT Syai ( terima kasih atas kebenaran dan kredit ke FB Syai Aizat Facebook link)













Carbs adalah dalam kategori macro (carbs, fat, protein) untuk membekalkan tenaga. Bila kita tak aktif, carbs kita makan akan bertukar menjadi lemak ( ni aku shortcut terus proses kimia dia karang aku tulis berjela-jela pula panjangnya ya ndak?)  sebab tu ada setengah orang dia akan terus cut down makan nasi. Tapi kita kena fikir Roti tu carbs, bihun tu carbs, chipsmore(biskut) tu carbs… tipulah kalau satu hari tu korang tak makan carbs! Haaa certain certain buah & sayur pun carbs juga tau!

Untuk maklumat, Bihun adalah sumber bekal tenaga yang tinggi dan rendah fiber (sama macam nasi putih lah effect dia J ) nak hakak tepek link yang menyokong kata-kata hakak (link) . Mengikut tulisan yang ditulis  oleh Jill Corleone, bihun kosong yang seberat 56gram/ 2 ounce atau bersamaan ¼ cawan bersamaan 200 Kalori. Imagine kalau kita masak goreng bagai mesti 200 kalori tu mencanak-canak naik boleh mencecah sampai 300 kalori (itu ¼ cawan tau, itu serve appetite hakak sendiri tak cukup tu). Kalau kita tidak berhati-hati , end up kita akan telan bihun tu melebihi keperluan badan kita, boleh kalah kalori satu pinggan nasi yang complete ada lauk-lauk sihat ( sayur dan ikan bakar).

Baik kau makan je nasi tu dengan ulam dan ikan bakar daripada bihun sup lepas tu kau lapar lagi…kau tambah lagi makanan tah apa-apa.



Ok nah tepek sikit nutrisi untuk bihun vs nasi putih ( korang buatlah sendiri comparison jangan cakap Kevin Zahri cakap macam ni… jangan cakap doktor cakap macam ni….jangan cakap eh Syai Aizat cakap macam ni)    :



VS

 Nampak tak nutrisi dia???? Nak tegur sikit Bihun goreng,bihun sup, nasi putih dengan ulam kalori yang sama tapi kandunga nutrisi dia berbeza tau daripada segi fat, sodium serta carbs dia.  👅

Bukan tak boleh makan carbs, tapi pilih carbs yang mengandungi high fibre contain contohnya oats, whole-wheat bread atau pasta yang mengandungi high fibre. Di mana carbs jenis adik beradik ini mengandungi jumlah gula yang rendah. Korang belajar kan sains kan? Gula kandungan kimia dia adalah C-H-O  which is ada dekat dalam carbs yang low fibre macam bihun dan nasi.



Gemuk ke tidak ni makan bihun?


Jangan bandingkan bihun ni kurus compare daripada mee kuning pasal dia gemuk. Semuanya bergantung kepada keperluan badan masing-masing. Badan ni sama macam DNA , tak semua sama. Sebab tu kita kena figure it out sendiri jenis diet apa yang sesuai dengan badan kita. Nak tahu apa yang sesuai, kena try jenis-jenis diet yang sihat yang ada contohnya blood type diet, GM diet, clean diet etc  Dan periksa sekali makanan apa yang bakal trigger scale kalau korang timbang. Dan korang kena check yang korang ni nak lose weight ke atau burn fat! . Itu baru nama dia commitment ! bukan main bedal dan absorb information yang orang kasi 100%


Kedua-dua ni adalah berbeza.







Apa kena mengena pula ni lose weight vs burn fat kalau makan bihun?


Sama macam konsep makan nasi dan bihun ni sebab kedua-duanya adalah carbs. Dulu masa proses nak kurus (masa tu memang focus on weight loss) , aku memang pantau makan carbs. Carbs ni aku makan buat carbs loading untuk workout yang berat-berat. The rest kalau workout bodoh-bodoh tidaklah aku makan carbs dan sepanjang proses turunkan berat aku memang boleh kiralah pakai tangan berat kali makan bihun . Daripada makan bihun , aku akan pilih nasi—zaass terus kenyang tak payah nak snacking –snacking. Kalau rajin masaklah brown rice.


Nak aku tepek sikit uraian carbs kalau kita jenis yang duduk dan tak aktif serta jarang exercise , ini apa yang akan terjadi dengan carbs tu tak kiralah nasi atau bihun





Tapi lepas dah turun daripada 120KG kepada 67kg, aku dah kena start strict carbs aku gila-gila. Sebab masa  sekarang ni bukan nak turunkan berat dah tapi aku nak burn fat. Target aku beranganlah nak dapatkan sikit muscle untuk perut dan hilangkan gelebehan lemak terkumpul bawah lengan itu tak cerita lagi pasal muffin top dekat perut tuh… boleh jadi buat kilang muffin.



Nak cakap bihun dengan nasi untuk waktu la ni?
,
,
,
No friends

Cuma macam biasa saya akan makan bila perlu contohnya HIIT, deadlift (angkat berat) , long run. Kerana untuk jenis badan saya, akan mengalami masalah water rentation bila saya makan carbs especially bihun dan nasi putih. Pagi baru saya berani ambil carbs untuk energy sepanjang hari contoh roti atau pasta ( ukuran 1 cawan)




Even Kevin Zahri pun cakap makan bihun jangan lebih segengam tangan ( sama macam dia cakap untuk makan nasi kan kan??? Nah aku tepek sekali dekat bawah)
= sama dengan


Tak caya pergi link ni (Kevin Zahri ) dan gambar-gambar ini saya cut daripada page website Kevin Zahri. Jadi untuk menjawab bihun untuk kurus ? If you seriously to lose weight or burn fat, you know what you should do kan?. Akhir sekali boleh nak makan, tapi control bebeh!! Control bebeh… untuk orang yang tak pandai control dan ada saka besar macam aku tu, terpaksa berdisplin dengam menjauhkan benda-benda ni.


Sekian bebelan diari untuk hari ini.






Friday, 20 January 2017

#diary kurus : Recap makan apa

Assalam dan salam jumaat,

Semoga post ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin kekal sihat dan cergas. Kurus definasi orang Malaysia kita ada dua , satu kurus ala model figure dan lagi satu kurus adalah untuk fit serta berstamina. Walaupun saya sudah menerima teguran “sudah kurus” namun saya seharusnya tidak patut berpuas hati dengan cepat. To be truth orginal niat saya adalah untuk menjadi kurus ala model figure (gila kalau tak mahu) sampai one stage , I stalk them lifestyle via instgram dan baca rutin kehidupan model Victoria secret. Sebenarnya not so secret – workout dan diet (it must dengan cara betul) . Tapi setelah parcipate pelbagai run- nawaitu saya berubah saya mahu jadi fit ,cergas dan berstamina. Sebenarnya nak kurus tu tak susah, yang nampak susah kerana dia mengambil masa.

I'm victoria's secret model, it such a secret not even victoria know

Sebenarnya yang PALING susah adalah untuk fit ,cergas dan stamina. Recently , saya terpaksa berhenti workout selama 4 hari kerana menumpukan thesis saya ( yang kerap berubah tajuk model-rasa macam nak menangis) serta beberapa isu personal (dah meroyan dalam Facebook bahahahaha –macam orang bodoh je rasanya). As result selepas 4 hari tinggal workout dan tidur yang tidak menentu (2-3 jam sehari berlaku dalam minggu lepas) :

1) Emosi yang berubah sekejap ok sekejap tidak dan mengunakan media social untuk mengarut (bisa begitu?--- macam orang gila juga aku tengok diri sendiri balik)

2) kurang fokus

3) craving (benda yang mengarut)

Therefore ,another side effect penambahan 2KG berlaku di dalam berat badan saya (tapi untuk mengelakan saya rasa down saya berfikir mungkin disebabkan “period”) sebab saya pernah datang bulan berat mencecah sampai 70KG tapi lepas selesai kembali kepada normal 67KG. Untuk recap minggu ini saya akan kongsikan apa makanan saya bawa pada tengah hari ke pejabat :


Isnin
Sayur goreng ( pakai olive oil make sure tiada garam) dan ikan grill kicap pedas ( kicap sahaja sebagai perasa)






Selasa

Ikan siakap stim lemon dengan celery (tiada garam dan portiona ikan siakap ialah separuh badan)






Rabu

Sawi goreng sahaja ( time ni bila tahu badan tak workout saya akan cut carbs dan lebihkan micronutrient)




Khamis

Daging grill kicap oregano dengan celery + salad (abaikan rambut sehelai tu- bahahahahah)




Jumaat

Salad and chicken grilled with lemon juice condiment.




Minggu ini adalah minggu saya cut down carbs sebab saya tahu carbs saya akan datang from craving saya yang melampau-lampau. Dan finally saya tahu kena saya craving, because “period” dengan tidur tidak cukup. Yup nampaknya saya kena buat skipping (tak boleh nak run sebab hari ini first day) and there will be no cheat meal for this week. Commonly , saya denda diri saya bukan untuk dapatkan balik berat saya terdahulu tetapi adalah untuk fit. As new beginner in run, kita boleh tahu yang  kita salah makan dan bila-bila lagi badan tak  dapat cukup tidur kita akan tidak beberapa nak fit (lebih kepada sengal dan macam game zombie and plant ) untuk melakukan sport activities. Semalam pagi (sebab dah trauma) saya dah start balik 100 days skipping challenge saya pada waktu pagi dan malam pula saya ada workout session Zumba dan 30 minit untuk half squat dan walking lunges with 15kg.


Hopefully, I can manage my time to stay focus on thesis( lagi sikit je ni) dengan training sebab I will have a fews event fitness coming soon in this couple of month. Ok, this only recap I can share for this week- sesiapa nak kurus dan fit . Please don’t give up, biar lambat and enjoy your lose weight journey.


Wednesday, 1 June 2016

How to handle Miss fat thigh?

Hello fatty thigh is me again. I've start my war with you so long  ago. Finally my effort has been paid when I able to wear my favorite jeans 6 years ago. To be truth. I buy at Levis boutique to motivate myself to lose weight during that time I able to wear it but so tight. Tapi kan... lepas 3 bulan terus tak muat...then terus demotivated.



So how I struggle to defeat this war ? Here my ways.

1. Patient, dedication and consistency
You need to have three solid emotions which are patient, dedication and consistency. No matter what you do ( pls do it with good and health way ok bukan telan-telan pil pelansing). Please do it with patient, dedication and consistency. This take a lot of hard work . Kalau buat hari ni takkan nak result esok? Remember lemak diternak selama beberapa tahun some goes to burn it. It take times.



|Lose Weight Don’t work Unless you do

2. Running, walk, jogging
whatever it is move your legs, yeah! is truth. After a few personal blog I read about losing weight. Running is completely change my life and  is proven .  I have lower obesity that obviously  people can see from my physical body. After 6 months struggling running. I see the result. At begin , I start with  run, walk and jogging for 3KM (as long as I sweat like kena bakar dalam bilik sauna)  and now increasing to 5km ( make sure 3 times in a week – it must)


|One Run can change your day, many runs can change your life


3. Move your body
.Kalau berkerja di pejabat, make sure within 1 hours you need to move- pergilah jalan-jalan tandas ke, ambil air ke or anything. Move your body dude. ( No applicable for those who take public transport and cyclist). If you notice if you sit to long you back and body will lil bit saggy (macam menternak lemak). Contoh susah nak jumpa nurse, waitress, promoter yang bam bam… sebab dorang banyak berdiri dan bergerak.


4. Weight
You need to put some weight during your exercise routine suggest routine : squat dumbell press , sumo squat , or if you dare during run put some weight like bring backpack )

4. Squat, squat, squat & squat
whatever it is sumo squat , A squat, classic squat... start from now squat is your best friend.






Photo of transformation





March 2016




  
April 2016




June 2016


Monday, 12 October 2015

The Stewardess Diet plan

Something to share…..effective but be aware

I  decided to follow stewardess diet plan. It already began couple months ago. I don’t know whether it successful or not but after comparing with my previous picture and current. I know there a some changes happen.  Stewardess diet is not recommended plan diet ( because it’s very low calories and takut when you start consume normal food you might get back your old scale). However this diet not harmful. This  diet may be a good option to try if you want to know either is effective on you or not.


Caution :
1. Never skip meal
2. This diet should be used for 4 days and then followed by 4 days of normal eating
3. Drink a lots of plain water









After




Before




Breakfast :
All 4 days ½ Grapefruit (sometimes I substitute with different fruits banana/papaya/green apple) + Black coffee ( no sugar)



Lunch
Day 1 :  Bahagian dada ayam rebus (boleh ganti dengan ayam stim nasi ayam) , salad mangkuk without dressing, satu potong jenis buah

Day 2 : ikan bakar (can substitute with protein and make sure no oil involve contoh macam lauk ikan singgang ke), salad satu mangkuk, one smoothie air buah buat sendiri.

Day 3 : bakar/rebus burger patty , salad , satu potong jenis buah

Day 4 : 2 telur rebus , satu jenis masakan sayur, satu gelas jus buah buat sendiri



Dinner
Day 1 :  2 telur rebus, satu jenis masakan sayur (kalau boleh elak goreng), satu potong jenis buah

Day 2 : satu mangkuk salad dan satu gelas jus buah

Day 3 : ayam rebus , sup sayur, satu gelas jus buah

Day 4 : ayam rebus / optional steak , salad satu mangkuk, satu gelas jus buah.






Good luck!




Wednesday, 16 January 2013

Fakta sebenarnya untuk diet kurus




Diet Soda
Minum diet soda , mati-mati menyebabkan macikz konah ingat takde gula.Tapi daripada artikel dan pencariaan konah, -The university of Texas Health Science andCenter dekat San Antonio, Orang yang selalu minum air diet soda selalunya Akan lebih cepat naik badan berbanding orang yang minum air soda berkarbonat lain . Ini kerana Diet soda adalah salah satu pasaran untuk orang yang sedang berdiet sedangkan Sabotaj kepada mereka sahaja. Betul ker ?..... Entah tapi melalui kajiaan…Baik minum air kosong sudah.


Carbo
Selalunya urban legend macikz konah skip  makan nasi …. Memanglah menjadi. Tapi Tahap kelaparan melampau. Ada gak member tegur tak semestinya carbo tu jahat. Uhuhuhu… nanti macam mana minyak nak bakar kalau takde sumber? Kesimpulannya berat macikz konah macam yoyo , naik turun…naik…Jadi makan carbo…ada jenis dia …makan carbo yang tinggi serat dan tiada kanji.Seperti nasi dari bashmathi, whole bread, kekacang (ini lebih daripada protein) Pendek kata… jangan makan carbo yang warna putih (tips daripada fitness) Sebab putih adalah gula.


Makan
Jangan bandingkan puasa dengan makan. Puasa adalah puasa. Maksudnya disini jangan skip makan. Antara kesalahan macikz konah buat Sepanjang hidup….. makan berjadual  pagi,tengah hari dan malam. Dan makan sebelum pukul 8 malam. Sebab setiap kali kita skip makan Dengan tanggapan makan sikit tapi tak tahu pula lepas kebulur tu kita makan naizubillah…Macam sebulan tak makan..  Makan selalu dalam portion sikit.


Jajan
Siapa kata tak boleh makan jajan ? aku!!! Takdelah..sebenarnya boleh makan Tapi dengan syarat kena displin, teringit mcd fries… makan tiga batang..Lepas syarat lepas tu kasi orang lain. Serapkan minyak dengan tisu dulu.Nak makan pizza? Makan slice je… jangan makan satu pie…. Nak aiskrim ? pergilah makan yogurt aiskrim.. Jangan sekat. Nanti tetiba meletup Keinginan kita akan makan dengan rasa tak bersalah.


Jangan Berlebihan
No pain no gain, itu istilah aku dulu… lepas tu pun ada member aku tegur juga… Salah cara tu. Bersenam untuk pastikan kita bergerak. Cuma jadikan amalan. Jangan buat 2-3 jam Lepas tu seminggu tak buat. Heheheheh.Janji pastikan jantung kita pam cukuplah setengah jam dan sedikit berpeluh.

p/s: aku sedang berusaha untuk masuk gym dekat office masa lunch ni.



Alasan
Ditujukan khas untuk aku juga ni… alasan tak pergi gym. Tak boleh bersenam. Alasan sibuk berkerja…. Tak de masa. Bila balik rumah tengah layan astro tu atau Tv tu  curi masa buat sit up.. lantaklah kena bahan dengan housemate ke, mak ke, Suami ke… kalau ada spare part kat tang tu juga orang gelakkan kita…padahal diaorang pun Ada spare part tu lagi baik punya


Nombor
Nombor bukan penentu kita kuruskan badan. Bila kita timbang je… ukuran tu Tak juga turun-turun. Sebab kata member gym saya , bila kita bersenam ia akan digantikan Dengan muscle sebab tu bila kita timbang tak turun-turun berat tu..Tapi sebenarnya ukuran berat kita adalah kesihatan. Bila kita diet,Kita tak cepat lesu, baju dah start longgar… dan muscle dah start nampak sikit-sikit


Monday, 17 December 2012

10 cara mudah nak start Diet




  1. Cut Down air gas
    Skip soda lose weight. Tahu tak dalam satu tin air gas tu mengandungi berapa kalori ? Silap hari bulan lari satu padang pun tak habis kalori tu. Lepas tu air gas akan memberitahu otak kita supaya berasa lapar cepat dan mahukan benda manis. Jadi cara mudah. Jangan minum air gas

  2. Berhenti makan makanan segera
    Dahlah minum air gas lepas tu sumbat lagi makanan segara dalam mulut. Good luck.
    Melainkan masa tu kita tak dapat elakkan seperti berjumpa kawan di mcdonald. Beli cheese burger. Bukan burger daging sahaja yang lain tu buang. Elakkan benda berminyak
  3. Cuba 5  benda
    Habis tu nak makan apa kalau mcdonald dengan air coke tak boleh minum?
    Cuba makan/minum 5 jenis buah atau sayur yang berbeza
  4. Makan tiga kali
    Jangan berlapar atau kerap nak makan je. Kita makan tiga kali hidangan. Pagi,tengah hari dan malam. Dan makan sebelum pukul 7 atau paling lewat sebelum pukul 8.
  5. Jangan Beli
    Jangan beli jajan. Jangan beli aiskrim dan jangan beli keropok. Sebab kita sendiri pun tak mampu nak tahan nafsu makan kita.

  6. Elakkan benda berwarna putih.
    Elakkan gula,nasi,susu (minum yang rendah lemak), roti dan sebagainya. Majoriti benda warna putih
    mempunyai kalori yang tepu dan tinggi kalori
  7. Sos
    Elakan mayo,elakkan sos cili ,elakkan adik beradik sos. Sama juga konsep dia mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi. Kalau ambil sos cili tu baik pergi minum 1 tin air coke. Sama konsep dia.

  8. Berhati-hati apa yang anda minum
    starbuck,coffea bean, 3 in milo apa lagi ? ya itu juga akan mempengaruhi.Umpama makan 1 cheese burger. Boleh nak minum tapi pilih yang rendah lemak dan tiada gula.
  9. Hidrat
    Air kosong adalah kawan baik anda. Jika bercadang untuk diet. Minumlah air kosong 8 gelas sekali.
    Sebab dia boleh menyah toksin badan dan mempercepatkan metabolisme kita.
  10. Jangan tidur siang!
    Yaaa aku memang suka tidur siang. Kalau kita malas senaman. Jadi digalakkan jangan tidur siang. Tidur waktu malam sahaja. Cergas dan banyakkan bergerak pada waktu siang.