Showing posts with label sayamahukurus. Show all posts
Showing posts with label sayamahukurus. Show all posts

Wednesday, 1 February 2017

#Diary Kurus :Jaga Makan


Assalam & Hello  💗💗💗💗💗💗💗!!!!


Kalau nak fit, sihat dan terutamanya mission untuk kurus adalah Jaga makan. I feel you! kita diet dah turun lepas tu  dapat result sikit sahaja terus rosakkan diet (is human nature). Dalam proses untuk kurus bab menjaga makan adalah penting. No matter how it is selepas berjaya turunkan berat badan, we should maintain the process. Every time saya down, benda pertama saya cari adalah makanan. Food always be my best friend untuk comfort the situation.


Saya pun tidak terlepas daripada bab " Jaga makan" ni. That's why the qoute always remind us , untuk kurus kena fokus 80% diet dan 20% exercise. Maksdunya displin diet menjaga makan adalah penting. Sebelum ini, saya adalah meluahkan personal opinion bahawa sebenarnya untuk kurus senang sahaja ( cuma yang nampak susah adalah masa, untuk kurus makan masa only tu sahaja problem dia).


Bab paling susah how to keep fit dan mendapatkan berat ideal serta body fat yang bersesuaian dengan badan kita. Tahun ini 2017, saya berazam untuk cuba dapatkan berat ideal yang memudahkan saya untuk membuat " monkey bar" serta run 5KM di bawah masa 30 minit (but seriously it will take a lots of years to achieve it maybe in next two years). Itu sebenarnya azam saya. Tetapi to be honest, this a few weeks , Jaga makan saya amat ke laut. Example, recently :



👅👅👅👅 sebenarnya saya memakan 4 slice pizza pada masa tu. And this is my answer (sahaja nak menyakat)



Itu adalah antara satu reponse comel saya terima dan bawah ini sekali :











Comel kan dorang ( hihihihi) , walaubagaimana pun dengan statement saya kata di atas tadi. Bukan saya menabik dada bahawa untuk kurus itu senang , tapi at this point sikit-sikit saya cuba faham (dalam sihat dan fit, saya masih lagi beginner dan belajar ) dan absorb . Ada benda yang susah... iaitu "Jaga makan"


Bila tidak jaga makan - stamina performance decrease

Bila makan terlebih - badan kumpul lemak

Bila kurang makan - gemuk ( sebab body restore fat for adaption environment )

Bila salah makan - tak boleh performance workout heavy

so when you unable to do workout heavy - there are no after effect burn fat



Idea sebenarnya untuk jaga makan adalah : displin dan ilmu. Pokoknya kalau kita tidak ada ilmu kita tidak akan faham proses yang kita cuba buat Untk gain knowledge in this field, saya banyak baca dan google tentang "fitness" , tips food for workout and back to basic in biology.



As prove kalau kita , tidak jaga makan  memang betul dia akan menganggu performance aktiviti sebagai contoh :


Ini adalah performance saya semasa saya menjaga makan. Kalau dengan makan yang betul dengan kesihatan yang mengizinkan (maksudnya tidur yang cukup, sihat dan tidak demam)-- ye saya tahu saya lari slow (mih mih mih mih)




Jadi selepas makan 10 keping pizza.... pada keesokan harinya. Saya tidak mampu untuk menghabiskan rutin saya 5KM pada 10 meter terakhir saya sudah dapat "blur vision". Selalunya blur vision ini akan dihabiskan dengan muntah.

Ini menandakan kandungan oksigen badan berkurangan (nampak sangat banyak fat/minyak dekat pizaa ni).








Jadi dengan demikian ,benda yangg paling susah adalah  Jaga makan. Bukan bermaksudnya saya kena diet selama setahun , kalau diet setahun boleh masuk Tanjung Rambutan. 5-6 diet sihat 1 hari cheat meal. Namun untuk saya kotakan selalunya memang tidak dapat (tak boleh wo..saya suka makan)

tapi itulah hakikatnya pokok pangkal  yang paling penting dan utama untuk kurus serta stamina bermula daripada "makan"

Kalau nak tahu cara saya Jaga Makan, baca (link) yang terdahulu.

Sunday, 29 January 2017

Lunchbox sihat

Makan proses contohnya seperti maggie, fast food atau makanan dalam tin memanglah satu rezeki makan yang kita tidak dapat menolak  tetapi dengan kandungan garam, minyak yang diguna berulang kali serta gula yang entah berapa sudu boleh mendatangkan keburukan kepada kita kemudian harian

80% diet makan dan 20% exercise

Hari ini saya nak berkongsi tips salah satu kejayaan turun berat badan adalah daripada makanan kita.Tahu atau tidak korang bahawa 80% diet makan dan 20% exercise diperlukan untuk mereka yang bercadang untuk kurus , fit dan sihat? Delima utama adalah penyediaan dan cara untuk makanan clean eat diet. Dalam keadaan terdesak , delivery food services memainkan peranan penting dalam hal ini terutamanya kepada mereka yang sangat busy. Agree tak?


Kita boleh berubah lifestyle pemakanan kita dengan ada Healthy food delivery service yang wujud di KL. Contohnya  servcie Dah makan (link) yang ada menyediakan set food delivery service bagi lunch dan dinner.



Salah satu menu contohnya adalah Honey BBQ Roasted Chicken with Pandan Brown Rice (RM 20), Dah makan  food delivery service akan memberikan sedikit info untuk acknowledge makan kita seperti


Jarang ada informasi food delivery service yang menawarkan counting calories. Dah makan adalah salah satu service review yang sihat lihat memberikan informasi yang padan . FYI, Honey BBQ Roasted Chicken with Pandan Brown Rice adalah satu contoh clean diet untuk carbs loading. Banyak menu yang disedikan di dalam Dah makan ( yang sihat dan ada di bawah 300 kalori)





Dan bentuk makanan yang dihantar oleh Dah makan food delivery service adalah seperti ini 💙👀 


Kredit kepada JewelPie


Jadi tiada alasan untuk makan clean diet sebab adanya service food delivery seperti Dah makan. Dengan harga berpatutan meal harga bermula daripada  range RM20.00 dan RM30++

Apa yang best, Dah makan tiada minimum order, sebelum 5 minit makanan sampai kita akan terima message daripada mereka untuk memudahkan kita- Free Delivery . Untuk tambahan maklumat, masa penghantaran adalah antara 11.30 am -1.30 pm



Semoga azam 2017 kita semua tercapai untuk dapat badan yang sihat dan slim adalah satu package.

Saturday, 28 January 2017

Salah satu cara untuk kurus dengan Jonlivia



Tahun 2013


Hello ❤❤❤❤❤

Walaupun ramai yang menegur saya kerana berjaya kurus cepat, saya masih mengalami delima : "perut yang mengelebeh", bukan itu sahaja ada beberapa masalah yang saya hadapi dalam usaha untuk kurus. Ada beberapa lebihan kulit terlebih yang bergoyang-goyang menari macam hiasan pokok christmas yang bernyanyi-nyanyi "jingle wibey jingle wibey" You feel me?. Terutamanya bagi mereka yang mahu kelihatan kurus dan tidak nampak lebihan lemak seperti muffin top.

Ada beberapa sebab kenapa saya menekankan isu lemak di bahagian perut kerana , kelebihan mempunyai core yang kuat atau baik ( core = bahagian tengah badan dan dikenali perut) :


  • Membantu kita dalam prestasi sukan
  • Elakan sakit belakang badan
  • Memperbaiki posture badan
  • Pengawalan pernafasan yang bagus ( back to no.1 , pengawalan pernafasan yang bagus dapat improve perfomance kita di dalam sukan)
  • Last sekali selain daripada muka, perut adalah salah satu bahagian badan yang dipandang oleh orang.


Oleh itu, saya mengambil sedikit insentif  untuk melabur selain daripada menekankan  exercise core. Dan terdapat beberapa review daripada blogger yang menarik perhatian saya tentang brand Jonlivia (link). Contohnya seperti review daripada Mama Darwiish, Misz-Ella, Lee Yann etc. Jadi sebelum invest , saya mencuba dahulu secara personal mengunakan Jonlivia Slimming Shirt Shaper (link), di bawah collection slimming shaper





Harga Slimming shaper jonlivia boleh didapati dengan harga RM120 (selepas diskaun daripada harga RM 200). Saiz Jonlivia berdasarkan ukuran saiz badan kita, dimana kita boleh ikuti ukuran yang disediakan di website Jonlivia.

Apabila sampai, pada mula saya jujur saya khuatiri adakah saiz ini betul? Suprisingly it very fit on me! dan sangat selesa dengan mengikuti arahan pemakaian daripada bawah badan dan naik ke atas.




Jonlivia slimming shaper shirt mempunyai jaringan jahit yang kukuh, bukaan bahu yang luas (sebab tu kena pakai daripada bahagian bawah ke atas untuk senang tarik lemak 👰 ) dan stretchable





Testimonial saya selepas memakai slimming shaper selama seminggu adalah berdasarkan photography dibawah sebagai rujukan :





Sebelum pemakaian slimming shirt shaper jonlivia, kita boleh nampak akan lebihan kulit "flabby" saya di bahagian perut




Selepas pemakaian slimming shirt shaper jonlivia nampak kesan perubahan kurus cepat ? terutamnya di bahagian perut. Bukan itu sahaja walaupun nipis tapi shaper ini adalah kukuh, sejuk dan boleh pakai lama. Malahan saya dah cuba bawa workout pun ok. Just that kalau pakai lama dan terus workout memang tak selesa. Kalau nak pakai masa workout makesure baru fresh (bukan long hour wearing baru lepas tu workout).

Plus yang best, orang tidak tahu pun saya sedang memakai shaper, berbanding dengan produk lain ramai yang nampak kita memakainya. 



Basically pemakaiaan slimming shaper shirt jonlivia ini, memberikan kesan sama sepert korset (cumanya ia bukan korset). Ianya dapat membantu posture badan kita. Malahan semasa saya membawanya untuk routine mount climbers, semasa memakai shaper ini, ianya memberi performance yang bagus berbanding semasa saya tidak memakainya. Ini menunjukan saya kena fokus kepada core saya.



Result/Testimoni Review Untuk Sliming Shirt Shaper Jonlivia


Sebelum pemakaian Jonlivia ukuran badan sebenarnya saya adalah sebanyak 34 inch




selepas pemakaian shaper jonlivia , saiz ukuran badan menyusut mengikut benda shaper kurang satu inch.




Dengan diet yang sihat serta exercise rutin lari dan yoga, saya berjaya mengurangkan 2 inch dalam seminggu. Saya akan lebih focuskan exercise core untuk membina otot di bahagian perut.

Tadaa!!! final result




Tahun 2017





Wednesday, 25 January 2017

#Diary kurus : Consistency






Assalam & hello !

Saya mulakan hari saya dengan larian 3KM selama 26 minit  lepas tu balance 4 minutes buat crunch and hanging leg rise berikutan untuk mengejar masa ke pejabat. Sepatutnya rutin lari saya adalah pada waktu semalam, tetapi oleh kerana cuaca yang tidak menginzinkan saya terpaksa untuk bangun pagi dan memaksa diri saya untuk berlari. Selalunya jogging distance saya  adalah 5KM tetapi atas sebab-sebab tertentu saya akan melihat masa saya. Lebihan 2 KM saya akan complete pada waktu petang dan kebetulan pada hari rabu adalah jadual saya untuk Yoga. Untuk this time, challenge kurus saya- masa memang sangat cemburu kan saya. Tetapi untuk skip exercise dengan alasan masa adalah tidak munasabah ini kerana kita mempunyai masa untuk makan. Apa juga pun key untuk success turunkan berat badan adalah consistency dan jadikan exercise sebagai rutin bukanya trending.


Betul orang kata, kalau kita mahu tekad sesuatu, first thing kita kena aim adalah organize time management kita. Time management adalah sangat penting daripada segi diet dan exercise, sebab kalau berlatih/exercise terlebih masa pun tak bagus juga. Kita akan terlepas daripada segi life dan masa dengan orang tersayang. Basically , commitment kita untuk kurus tu kita dapat lihat based on result kita ( daripada segi stamina, strength, muscle dan turun berat badan ). Tapi to be honest, pada awalnya saya terpaksa bertungkus lumus exercise pada tahun lepas. Ini kerana pada tahun lepas saya mempunyai target untuk memasuki Viper Challenge Arena di Shah alam. Saya tak boleh imagine dengan kena bangun awal 4 pagi untuk jogging dan kemudian pada waktu petang bergegas ke gym untuk berlatih dengan team mate sampailah waktu acara Viper Challenge Arena tu. Tahu-tahu sahaja masa tu berat saya dah turun 30KG untuk first time Viper Challenge saya ( thanks to Usue and Kak yani yang tak jemu give up untuk suruh saya commitment) .Saya rasa ini mungkin salah satu rahsia besar kenapa saya boleh turun 40kg dalam masa 9 bulan yang lepas berdasarkan event run dan obstacle saya register pada tahun lepas.




After exercise consistency




No exercise at all ( ngeh)


Consistency dan work hard.

Serta target on event run


Target masuk Viper Challenge last year pun salah satu juga kenapa saya kurus. Walaupun ada bisikan-bisikan kata “ kenapa perlu training?” . Tak kan lah aku nak biarkan aku yang gemuk dengan berat 119KG masa tu nak suruh orang tampung? Memandangkan pada masa itu dengan self-confident yang sangat low. For me , janganlah masa event run on that day itself kita baru nak exercise. The answer is NO, others else you akan injured.  Secret weapon is training. Memang betul , kita bukannya masuk sebab nak champion ke apa  but to test ourselves to the limit peak. Tanpa cukup training , push the limit pun tak sampai. Even myself pergi training ( ada haters duk complain tiap-tiap hari training) pun tak cukup tau sebab my exercise is only 1 hours. Kalau jumpa Usue dengan Kak Yani barulah dapat 2 jam. Apa-apa pun yang penting exercise yang berkualiti bukanya kuantiti dan jangan sibuk ambil gambar dekat dalam gym (membazir masa). Setakat 1-5 shot bolehlah. Ini kalau daripada masuk gym sampai ke habis gym pun ambil gambar... after affect burn pun taka da.



By the way banyak run yang saya cuba register on fews month upwards banyak dah sold out. Adakah rakyat Malaysia sudah mula mengamalkan gaya hidup sihat? Syabas!





Friday, 20 January 2017

#diary kurus : Recap makan apa

Assalam dan salam jumaat,

Semoga post ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin kekal sihat dan cergas. Kurus definasi orang Malaysia kita ada dua , satu kurus ala model figure dan lagi satu kurus adalah untuk fit serta berstamina. Walaupun saya sudah menerima teguran “sudah kurus” namun saya seharusnya tidak patut berpuas hati dengan cepat. To be truth orginal niat saya adalah untuk menjadi kurus ala model figure (gila kalau tak mahu) sampai one stage , I stalk them lifestyle via instgram dan baca rutin kehidupan model Victoria secret. Sebenarnya not so secret – workout dan diet (it must dengan cara betul) . Tapi setelah parcipate pelbagai run- nawaitu saya berubah saya mahu jadi fit ,cergas dan berstamina. Sebenarnya nak kurus tu tak susah, yang nampak susah kerana dia mengambil masa.

I'm victoria's secret model, it such a secret not even victoria know

Sebenarnya yang PALING susah adalah untuk fit ,cergas dan stamina. Recently , saya terpaksa berhenti workout selama 4 hari kerana menumpukan thesis saya ( yang kerap berubah tajuk model-rasa macam nak menangis) serta beberapa isu personal (dah meroyan dalam Facebook bahahahaha –macam orang bodoh je rasanya). As result selepas 4 hari tinggal workout dan tidur yang tidak menentu (2-3 jam sehari berlaku dalam minggu lepas) :

1) Emosi yang berubah sekejap ok sekejap tidak dan mengunakan media social untuk mengarut (bisa begitu?--- macam orang gila juga aku tengok diri sendiri balik)

2) kurang fokus

3) craving (benda yang mengarut)

Therefore ,another side effect penambahan 2KG berlaku di dalam berat badan saya (tapi untuk mengelakan saya rasa down saya berfikir mungkin disebabkan “period”) sebab saya pernah datang bulan berat mencecah sampai 70KG tapi lepas selesai kembali kepada normal 67KG. Untuk recap minggu ini saya akan kongsikan apa makanan saya bawa pada tengah hari ke pejabat :


Isnin
Sayur goreng ( pakai olive oil make sure tiada garam) dan ikan grill kicap pedas ( kicap sahaja sebagai perasa)






Selasa

Ikan siakap stim lemon dengan celery (tiada garam dan portiona ikan siakap ialah separuh badan)






Rabu

Sawi goreng sahaja ( time ni bila tahu badan tak workout saya akan cut carbs dan lebihkan micronutrient)




Khamis

Daging grill kicap oregano dengan celery + salad (abaikan rambut sehelai tu- bahahahahah)




Jumaat

Salad and chicken grilled with lemon juice condiment.




Minggu ini adalah minggu saya cut down carbs sebab saya tahu carbs saya akan datang from craving saya yang melampau-lampau. Dan finally saya tahu kena saya craving, because “period” dengan tidur tidak cukup. Yup nampaknya saya kena buat skipping (tak boleh nak run sebab hari ini first day) and there will be no cheat meal for this week. Commonly , saya denda diri saya bukan untuk dapatkan balik berat saya terdahulu tetapi adalah untuk fit. As new beginner in run, kita boleh tahu yang  kita salah makan dan bila-bila lagi badan tak  dapat cukup tidur kita akan tidak beberapa nak fit (lebih kepada sengal dan macam game zombie and plant ) untuk melakukan sport activities. Semalam pagi (sebab dah trauma) saya dah start balik 100 days skipping challenge saya pada waktu pagi dan malam pula saya ada workout session Zumba dan 30 minit untuk half squat dan walking lunges with 15kg.


Hopefully, I can manage my time to stay focus on thesis( lagi sikit je ni) dengan training sebab I will have a fews event fitness coming soon in this couple of month. Ok, this only recap I can share for this week- sesiapa nak kurus dan fit . Please don’t give up, biar lambat and enjoy your lose weight journey.


Wednesday, 1 June 2016

How to handle Miss fat thigh?

Hello fatty thigh is me again. I've start my war with you so long  ago. Finally my effort has been paid when I able to wear my favorite jeans 6 years ago. To be truth. I buy at Levis boutique to motivate myself to lose weight during that time I able to wear it but so tight. Tapi kan... lepas 3 bulan terus tak muat...then terus demotivated.



So how I struggle to defeat this war ? Here my ways.

1. Patient, dedication and consistency
You need to have three solid emotions which are patient, dedication and consistency. No matter what you do ( pls do it with good and health way ok bukan telan-telan pil pelansing). Please do it with patient, dedication and consistency. This take a lot of hard work . Kalau buat hari ni takkan nak result esok? Remember lemak diternak selama beberapa tahun some goes to burn it. It take times.



|Lose Weight Don’t work Unless you do

2. Running, walk, jogging
whatever it is move your legs, yeah! is truth. After a few personal blog I read about losing weight. Running is completely change my life and  is proven .  I have lower obesity that obviously  people can see from my physical body. After 6 months struggling running. I see the result. At begin , I start with  run, walk and jogging for 3KM (as long as I sweat like kena bakar dalam bilik sauna)  and now increasing to 5km ( make sure 3 times in a week – it must)


|One Run can change your day, many runs can change your life


3. Move your body
.Kalau berkerja di pejabat, make sure within 1 hours you need to move- pergilah jalan-jalan tandas ke, ambil air ke or anything. Move your body dude. ( No applicable for those who take public transport and cyclist). If you notice if you sit to long you back and body will lil bit saggy (macam menternak lemak). Contoh susah nak jumpa nurse, waitress, promoter yang bam bam… sebab dorang banyak berdiri dan bergerak.


4. Weight
You need to put some weight during your exercise routine suggest routine : squat dumbell press , sumo squat , or if you dare during run put some weight like bring backpack )

4. Squat, squat, squat & squat
whatever it is sumo squat , A squat, classic squat... start from now squat is your best friend.






Photo of transformation





March 2016




  
April 2016




June 2016


Wednesday, 16 January 2013

Fakta sebenarnya untuk diet kurus




Diet Soda
Minum diet soda , mati-mati menyebabkan macikz konah ingat takde gula.Tapi daripada artikel dan pencariaan konah, -The university of Texas Health Science andCenter dekat San Antonio, Orang yang selalu minum air diet soda selalunya Akan lebih cepat naik badan berbanding orang yang minum air soda berkarbonat lain . Ini kerana Diet soda adalah salah satu pasaran untuk orang yang sedang berdiet sedangkan Sabotaj kepada mereka sahaja. Betul ker ?..... Entah tapi melalui kajiaan…Baik minum air kosong sudah.


Carbo
Selalunya urban legend macikz konah skip  makan nasi …. Memanglah menjadi. Tapi Tahap kelaparan melampau. Ada gak member tegur tak semestinya carbo tu jahat. Uhuhuhu… nanti macam mana minyak nak bakar kalau takde sumber? Kesimpulannya berat macikz konah macam yoyo , naik turun…naik…Jadi makan carbo…ada jenis dia …makan carbo yang tinggi serat dan tiada kanji.Seperti nasi dari bashmathi, whole bread, kekacang (ini lebih daripada protein) Pendek kata… jangan makan carbo yang warna putih (tips daripada fitness) Sebab putih adalah gula.


Makan
Jangan bandingkan puasa dengan makan. Puasa adalah puasa. Maksudnya disini jangan skip makan. Antara kesalahan macikz konah buat Sepanjang hidup….. makan berjadual  pagi,tengah hari dan malam. Dan makan sebelum pukul 8 malam. Sebab setiap kali kita skip makan Dengan tanggapan makan sikit tapi tak tahu pula lepas kebulur tu kita makan naizubillah…Macam sebulan tak makan..  Makan selalu dalam portion sikit.


Jajan
Siapa kata tak boleh makan jajan ? aku!!! Takdelah..sebenarnya boleh makan Tapi dengan syarat kena displin, teringit mcd fries… makan tiga batang..Lepas syarat lepas tu kasi orang lain. Serapkan minyak dengan tisu dulu.Nak makan pizza? Makan slice je… jangan makan satu pie…. Nak aiskrim ? pergilah makan yogurt aiskrim.. Jangan sekat. Nanti tetiba meletup Keinginan kita akan makan dengan rasa tak bersalah.


Jangan Berlebihan
No pain no gain, itu istilah aku dulu… lepas tu pun ada member aku tegur juga… Salah cara tu. Bersenam untuk pastikan kita bergerak. Cuma jadikan amalan. Jangan buat 2-3 jam Lepas tu seminggu tak buat. Heheheheh.Janji pastikan jantung kita pam cukuplah setengah jam dan sedikit berpeluh.

p/s: aku sedang berusaha untuk masuk gym dekat office masa lunch ni.



Alasan
Ditujukan khas untuk aku juga ni… alasan tak pergi gym. Tak boleh bersenam. Alasan sibuk berkerja…. Tak de masa. Bila balik rumah tengah layan astro tu atau Tv tu  curi masa buat sit up.. lantaklah kena bahan dengan housemate ke, mak ke, Suami ke… kalau ada spare part kat tang tu juga orang gelakkan kita…padahal diaorang pun Ada spare part tu lagi baik punya


Nombor
Nombor bukan penentu kita kuruskan badan. Bila kita timbang je… ukuran tu Tak juga turun-turun. Sebab kata member gym saya , bila kita bersenam ia akan digantikan Dengan muscle sebab tu bila kita timbang tak turun-turun berat tu..Tapi sebenarnya ukuran berat kita adalah kesihatan. Bila kita diet,Kita tak cepat lesu, baju dah start longgar… dan muscle dah start nampak sikit-sikit


Monday, 17 December 2012

10 cara mudah nak start Diet




  1. Cut Down air gas
    Skip soda lose weight. Tahu tak dalam satu tin air gas tu mengandungi berapa kalori ? Silap hari bulan lari satu padang pun tak habis kalori tu. Lepas tu air gas akan memberitahu otak kita supaya berasa lapar cepat dan mahukan benda manis. Jadi cara mudah. Jangan minum air gas

  2. Berhenti makan makanan segera
    Dahlah minum air gas lepas tu sumbat lagi makanan segara dalam mulut. Good luck.
    Melainkan masa tu kita tak dapat elakkan seperti berjumpa kawan di mcdonald. Beli cheese burger. Bukan burger daging sahaja yang lain tu buang. Elakkan benda berminyak
  3. Cuba 5  benda
    Habis tu nak makan apa kalau mcdonald dengan air coke tak boleh minum?
    Cuba makan/minum 5 jenis buah atau sayur yang berbeza
  4. Makan tiga kali
    Jangan berlapar atau kerap nak makan je. Kita makan tiga kali hidangan. Pagi,tengah hari dan malam. Dan makan sebelum pukul 7 atau paling lewat sebelum pukul 8.
  5. Jangan Beli
    Jangan beli jajan. Jangan beli aiskrim dan jangan beli keropok. Sebab kita sendiri pun tak mampu nak tahan nafsu makan kita.

  6. Elakkan benda berwarna putih.
    Elakkan gula,nasi,susu (minum yang rendah lemak), roti dan sebagainya. Majoriti benda warna putih
    mempunyai kalori yang tepu dan tinggi kalori
  7. Sos
    Elakan mayo,elakkan sos cili ,elakkan adik beradik sos. Sama juga konsep dia mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi. Kalau ambil sos cili tu baik pergi minum 1 tin air coke. Sama konsep dia.

  8. Berhati-hati apa yang anda minum
    starbuck,coffea bean, 3 in milo apa lagi ? ya itu juga akan mempengaruhi.Umpama makan 1 cheese burger. Boleh nak minum tapi pilih yang rendah lemak dan tiada gula.
  9. Hidrat
    Air kosong adalah kawan baik anda. Jika bercadang untuk diet. Minumlah air kosong 8 gelas sekali.
    Sebab dia boleh menyah toksin badan dan mempercepatkan metabolisme kita.
  10. Jangan tidur siang!
    Yaaa aku memang suka tidur siang. Kalau kita malas senaman. Jadi digalakkan jangan tidur siang. Tidur waktu malam sahaja. Cergas dan banyakkan bergerak pada waktu siang.