Tuesday, 14 March 2017

Lose weight vs Burn fat

Assalam  & Hi korang!

Kali ni hakak tertarik nak kongsi satu entri dan pendapat berkenaan dengan lose weight dan burn fat.Kalau hakak singgah dekat mana-mana PT punya page (Facebook, Instagram etc ) ramai mengutarakan kalau dia makan macam tu turun je berat badan dia tak adalah pun masalah apa-apa. Contohnya “ aku makan je sayur goreng tapi turun je berat badan” tapi sebelum kita pergi jauh ke dalam bebelan entri ini. Hakak tepek disclaimer untuk korang :

Disclaimer : Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulisan sendiri sepanjang penurunan berat badan beliau. Penulisan ini adalah untuk berkongsi pengalaman, jika ada sebarang kesalahan maklumat diberikan sepanjang  penulisan saya menasihatkan agar pembaca membuat rujukan sendiri dan sebarang comment kritikal dialukan terutamanya bagi mereka yang berkecimpung dalam fitness & health . Tulisan yang ditulis tidak ada kaitan dengan individu hidup mau mati .


Dulu masa aku nak terlibat dalam healthy lifestyle ni asalnya nak kurus (lose weight). Kalau korang baca blog aku post lama-lama ,macam –macam gaya dan kaedah aku dah cuba ( yang mana tak sihat tu jangan ikut ya) .  Last year, aku nekad nak buat betul secara sihat and no short cut.  Berangan nak dapatkan bentuk badan Victoria secret. Masa tu lah (dulu bodoh tak tahu apa-apa) , tak ada ilmu – so aku diet sahaja. Malas nak workout-workout ni lepas tu nak jimat duit pergi Zumba aje . Padahal rumah aku tu 2.5KM lari dah sampai Tasik Permaisuri. 

korang nak tahu tak Victoria Secret tu, dorang punya training lebih kurang sama dengan athlete sukan dengan bukannya diet dengan memakan sayur-sayur atau buah-buahan SAHAJA macam aku sangka kan. Oleh kerana badan kita manusia lain-lain , each of Victoria secret model ni (pun sama macam kita) dorang workout pun cara yang berbeza sebab rate metabolism badan orang lain-lain (macam DNA) dalam untuk menjaga bentuk badan dorang (nah baca link rujukan ni )







Apa kena mengena pula cerita Victoria secret dalam lose weight vs burn fat. Meh aku pecahkan pengalaman aku dan masalah aku hadapi satu per satu.


Lose weight

Lose weight ni senang je kaedahnya. Korang kurang makan dah turun dah “berat” badan. Sebab kita terlalu tipikal dan dididik mengikut skala pemberat kekononya nak ikut BMI.  Mengikut perjalanan aku semasa  nak kurus dengan diet SAHAJA, turun tu memanglah turun tapi berapa banyak sahaja dia boleh turun ? ( ini cerita kalau daily lifestyle kau tak ada exercise langsung). Even kalau kita berpuasa sekali pun pada bulan Ramadhan, berapa  banyak je pun boleh turun? Kan kan kan? Jangan nak menipu.   Lepas tu masa raya sekali naik melambung kaw-kaw.
Itu sebenarnya maksud penurunan berat badan. Kita kurangkan makan (kalori) jadi air akan menurun dan berapa kerat sahaja kalori akan terbakar kalau kita tak aktif langsung. Peringatan – berat yang selalu turun cepat tu Sebab kebanyakan air.

Mana pula datangnya berat air? (sebab aku tengok ada satu tweet #hastag Drmedic ada mengatakan tak wujudnya berat air ni?) haiyah…. Dia doc anatomy bolehlah cakap macam tu sekarang kita masuk dalam bab biologi ye.Kebanyakan air tu datang daripada carbs dan air yang kita minum. Ni general knowledge je tau

Subunit Carbs ialah carbon, hydrogen dan oksigen



Di mana untuk nisbah atom Hidrogen dan atom adalah bersamaan dengan nisbah 2:1, which is sama dengan
Nisbah air




Sebab tu bila korang cut down carbs contohnya nasi korang akan turun dengan mudah atau korang cut down air manis turun dengan mudah (dah la gula , gula tu adik beradik carbs lepas tu campur dalam air nampak tak molekul atom air banyak dekat situ). Jangan pula lepas ni korang tak nak minum air pula (tepuk kepala) . Sebab tu bila siapa yang mengamalkan diet Atkins dia boleh turun kaw-kaw dalam masa 2-3 minggu. Sebab pengambilan carbs telah disekat . Nanti dah masuk minggu ke-empat Atkins baru korang tahu betapa azabnya berat tu nak turun kan kan kan ? cut dan control macam mana pun dia agak susah nak turun. ( jangan nak menipu sebab aku pun pernah buat diet Atkins tapi dia tak sesuai untuk badan aku) .



Losing weight secara diet selalunya :

1. memenatkan sebab kau akan cut kalori kaw-kaw untuk pecah lemak korang ( yang tak tahu bila nak start pecah lemaknya)
2. tidak akan kekal lama, sebab bila kau start semula kau punya makanan yang normal. Rate weight akan bounce back
3. Cepat demotivated
4. Emosi cepat terjejas contohnya kau cepat meroyan dan update drama pukul 7 kau di post facebook (itu aku, kalau korang?)
5. Boleh Berjaya menurunkan berat dan lemak ( tapi akan memakan masa yang sangat-sangat lama)
6. Muka cengkuk macam tak cukup nutrisi dan zat
7. kulit bermasalah contohnya dipenuhi jerawat batu
8. Mudah penat dan letih



Ambil contoh bawah ni aku megamalkan diet sahaja, aku siap tulis lagi dalam blog ( throwback link) . To be honest – moment of truth , lepas diet  memang turun tapi tak pernah kekal lepas aku makan normal bouce balik
Kalau korang follow up balik post-post lama aku dahulu . Aku memang struggle almost 5 years dengan diet yang tah apa-apa. Akibatnya bila terlampau mengamalkan low kalori bila aku makan normal balik berat terus mencanak sehingga tak nak turun lagi
Bila aku diet dan puasa bagai.









Burn Fat

Lepas tu, bila dah tak nak turun. Aku give up, pergi sign Viper Challenge ( masa tu tak silap lagi 4 bulan nak Viper) . Jumpa Usue ( kawan aku yang memang aktif) minta tolong training – asalnya aku nampak comment dia nak masuk Viper Challenge terus aku mencelah kata nak join ( orang kata berani matilah masa, tu berat dah mencecah 120KG sebab bila stop diet dia mencanak-canak naik) . Masa tu tak tahu apa-apa ikut je lah. So aku post makanan dekat IG dorang tegur aku, sikit-sikit aku belajar daripada dorang dengan resesearch sendiri. Masa memang tak fikir berat tu dapat turun ke tidak sebab asal 2-3 minggu pertama memang susah. Dorang ni ajar aku 2 jenis diet Blood diet dengan eat clean. Last kali eat clean melekat dengan aku.

During that time routine aku yang kena bedal dengan Usue

1. HIIT ( high interval intestity Training) – memang rasa macam nak mampus , aku sampai termuntah kuning 2 kali
2. Sprint ( masa tu nak lari kelajuan 5mph pun tak mampu so maksium aku boleh pergi 6mph)
3. Angkat berat (aku rasa basic je kot nak kuatkan tangan aku untuk Viper Challenge tapi berat aku memang turun lepas kena bedal buat HIIT- sampai sekarang pun kalau buat HIIT macam nak menangis rasa dia)




Usue dengan Kak yani akan filter berat badan aku every week, tau-tau masa Viper Arena 2016 berat aku daripada 120KG dapat turun jadi 75 kg. Untuk ikut BMI aku masih lagi overweight dan masa Viper Arena tu lah aku terus jatuh cinta dengan healthy lifestyle dan membuatkan aku untuk teruskan perjalanan aku dalam fitness sambil belajar dengan siapa-siapa yang pandai.


Baru aku tahu selama ni aku buat losing weight dan bukan burn fat.




So basically pokok pangkal kita kena aim yang mana satu kita hendak , weight loss kea tau fat loss. Itu hak masing-masing lah, tapi personal journal aku- weight loss selalunya tak akan kekal lama. So lepas ni korang boleh nampak dan plan untuk badan korang






Berat sekarang dah 67KG  ni bekas seluar berat 84KG (masa tu dah tak boleh pakai seluar perempuan dah kena beli seluar lelaki)
'
'
'so basically kita bukan nak lose weight je kita pun kalau boleh nak kecilkan lemak tu






































Sunday, 12 March 2017

Hangout & Chill



Cafe Studio , Kota Damansara The Strand| Ini adalah kali kedua kedatangan aku ke sini , aku suka suasana cafe ini disebabkan konsep dalam dia adalah seperti ala-ala Alice in the wonderland ( This is one my favorite fairy tale story). Namun kedatangan untuk kali kedua , managament dahulu memang dah bertukar jad konsep makanan dia turut bertukar. 

Ada lah  satu ketika aku pernah tulis experience aku untuk first time (nah throwback post dulu link)  kalau korang hendak tengok decoration zaman management dulu , aku suggest korang baca link terdahulu. Sebenarnya kedatangan aku ke sini adalah :

1. Nak cari ilham thesis tinggal beberapa chapter sahaja (masa tu lah -sekarang dah siap nak tinggal edit je), siapa yang ada experience ni ? sila angkat tangan 👋. Kalau kau jenis student yang tengah sibuk buat thesis ada satu stage tu kau tak boleh nak fokus dekat rumah. 

Sekejap buka fridge 

sekejap buka TV


Last kali kau kena pergi pindah tempat lain,  contohnya pergi rumah kawan kau ke...pergi mcdonald ke... perrghh baru boleh fokus


2. Pasal aku mengidamkan salad Cafe studio ni!



Sekali bila aku dah menampak masuk dalam cafe, aku terkejut jugalah sebab sudah bertukar managament  salad dan sandwich yang aku nak sangat tu ( meleleh air liur ni) tak ada cuma ada beberapa minum terdahulu masih lagi dikekalkan contoh seni kopi dia (art cofee ) dan tea dia serta dan ada beberapa deco sudah tiada. Tapi masih lagi nampak macam dekat Alice in wonderland lagi.,,, (itu yang penting sebenarnya)


Kami ada tiga orang jadi order dua dish (ye lah masa tu tengah bulan). oklah berkongsi sambil berlepak dan aku pula update thesis dekat cafe ni. (aah dia ada wifi free tapi kena minta password yer dengan dorang)

Order club sandwich dengan Caesar salad (version managament baru) 












Nasib Irish coffee ada lagi dalam menu... ok masih lagi lebih kurang macam management dulu



Nak mengubatkan kekecewaan kami kepada makanan dia yang dulu , kami mainlah monopoly dekat sini. Bagai nak rak jugalah layan (aku tak main propa je lebih dorang je yang main dua org) aku sibuk meng 'edit' thesis mana yang patut.


Basically , management baru pun not bad jugalah. Boleh recomend tapi hakak boleh habaq lah yer makanan yang sekarang ni lebih variety yang dulu. kalau tengok feedback pun banyak kasi review best. Tapi aku tertanya gak what happen to management lama ? sebab promotion dia not bad juga siap panggil blogger-blogger tip top untuk review tempat makan ni.


Meh hakak tepek sikit information ni korang boleh follow dorang dekat Facebook (link)


Friday, 10 March 2017

Makan bihun untuk kurus?

Aku ni bukanlah pandai sangat ( tak ada pun certificate Personal Training) tapi boleh sekadar berkongsi dan memberi idea tentang ini.  Terlahir idea untuk entri ini bila aku ada following PT Syai  Aizat (Facebook link),aku follow Syai Aizat sebab dia tidak kedekut untuk memberi ilmu dan pendapat.Aku boleh recommend page beliau so far ringkas dan mudah untuk digest, yang susah-susah ni jenuh aku nak buka kitab biologi nanti nak faham. Seperti PT-PT page lain yang aku follow juga, aku tidaklah digest bulat-bulat. Kita  sebenarnya yang SENDIRI hendaklah buat research juga ( do your homework kalau tak nak berguru/ belajar daripada orang berpengalaman) baru apa kita faham untuk badan yang kita hendak.


Kadang aku tak tahu tanya, pergi tebal muka tanya dekat PT-PT terkenal tu dekat ruang comment. Kadang-kadang berbalas kekadang tidak… tak pun pergi tanya orang pandai-pandai dekat gym tu ( again janganlah digest bulat-bulat, nak senang terus masuk kelas PT yang korang percaya ).Cerita balik Facebook Syai Aizat, hari itu dia cerita pasal Bihun ni sesuai untuk orang makan untuk kurus ke tidak? Rata-rata semua tak faham apa konsep Syai Aizat ( pendapat aku lah, jangan marah). Kurus is kurus…. Bakar lemak tu cerita lain.  Tapi hakak tepek dulu photo yang hakak save daripada PT Syai ( terima kasih atas kebenaran dan kredit ke FB Syai Aizat Facebook link)













Carbs adalah dalam kategori macro (carbs, fat, protein) untuk membekalkan tenaga. Bila kita tak aktif, carbs kita makan akan bertukar menjadi lemak ( ni aku shortcut terus proses kimia dia karang aku tulis berjela-jela pula panjangnya ya ndak?)  sebab tu ada setengah orang dia akan terus cut down makan nasi. Tapi kita kena fikir Roti tu carbs, bihun tu carbs, chipsmore(biskut) tu carbs… tipulah kalau satu hari tu korang tak makan carbs! Haaa certain certain buah & sayur pun carbs juga tau!

Untuk maklumat, Bihun adalah sumber bekal tenaga yang tinggi dan rendah fiber (sama macam nasi putih lah effect dia J ) nak hakak tepek link yang menyokong kata-kata hakak (link) . Mengikut tulisan yang ditulis  oleh Jill Corleone, bihun kosong yang seberat 56gram/ 2 ounce atau bersamaan ¼ cawan bersamaan 200 Kalori. Imagine kalau kita masak goreng bagai mesti 200 kalori tu mencanak-canak naik boleh mencecah sampai 300 kalori (itu ¼ cawan tau, itu serve appetite hakak sendiri tak cukup tu). Kalau kita tidak berhati-hati , end up kita akan telan bihun tu melebihi keperluan badan kita, boleh kalah kalori satu pinggan nasi yang complete ada lauk-lauk sihat ( sayur dan ikan bakar).

Baik kau makan je nasi tu dengan ulam dan ikan bakar daripada bihun sup lepas tu kau lapar lagi…kau tambah lagi makanan tah apa-apa.



Ok nah tepek sikit nutrisi untuk bihun vs nasi putih ( korang buatlah sendiri comparison jangan cakap Kevin Zahri cakap macam ni… jangan cakap doktor cakap macam ni….jangan cakap eh Syai Aizat cakap macam ni)    :



VS

 Nampak tak nutrisi dia???? Nak tegur sikit Bihun goreng,bihun sup, nasi putih dengan ulam kalori yang sama tapi kandunga nutrisi dia berbeza tau daripada segi fat, sodium serta carbs dia.  👅

Bukan tak boleh makan carbs, tapi pilih carbs yang mengandungi high fibre contain contohnya oats, whole-wheat bread atau pasta yang mengandungi high fibre. Di mana carbs jenis adik beradik ini mengandungi jumlah gula yang rendah. Korang belajar kan sains kan? Gula kandungan kimia dia adalah C-H-O  which is ada dekat dalam carbs yang low fibre macam bihun dan nasi.



Gemuk ke tidak ni makan bihun?


Jangan bandingkan bihun ni kurus compare daripada mee kuning pasal dia gemuk. Semuanya bergantung kepada keperluan badan masing-masing. Badan ni sama macam DNA , tak semua sama. Sebab tu kita kena figure it out sendiri jenis diet apa yang sesuai dengan badan kita. Nak tahu apa yang sesuai, kena try jenis-jenis diet yang sihat yang ada contohnya blood type diet, GM diet, clean diet etc  Dan periksa sekali makanan apa yang bakal trigger scale kalau korang timbang. Dan korang kena check yang korang ni nak lose weight ke atau burn fat! . Itu baru nama dia commitment ! bukan main bedal dan absorb information yang orang kasi 100%


Kedua-dua ni adalah berbeza.







Apa kena mengena pula ni lose weight vs burn fat kalau makan bihun?


Sama macam konsep makan nasi dan bihun ni sebab kedua-duanya adalah carbs. Dulu masa proses nak kurus (masa tu memang focus on weight loss) , aku memang pantau makan carbs. Carbs ni aku makan buat carbs loading untuk workout yang berat-berat. The rest kalau workout bodoh-bodoh tidaklah aku makan carbs dan sepanjang proses turunkan berat aku memang boleh kiralah pakai tangan berat kali makan bihun . Daripada makan bihun , aku akan pilih nasi—zaass terus kenyang tak payah nak snacking –snacking. Kalau rajin masaklah brown rice.


Nak aku tepek sikit uraian carbs kalau kita jenis yang duduk dan tak aktif serta jarang exercise , ini apa yang akan terjadi dengan carbs tu tak kiralah nasi atau bihun





Tapi lepas dah turun daripada 120KG kepada 67kg, aku dah kena start strict carbs aku gila-gila. Sebab masa  sekarang ni bukan nak turunkan berat dah tapi aku nak burn fat. Target aku beranganlah nak dapatkan sikit muscle untuk perut dan hilangkan gelebehan lemak terkumpul bawah lengan itu tak cerita lagi pasal muffin top dekat perut tuh… boleh jadi buat kilang muffin.



Nak cakap bihun dengan nasi untuk waktu la ni?
,
,
,
No friends

Cuma macam biasa saya akan makan bila perlu contohnya HIIT, deadlift (angkat berat) , long run. Kerana untuk jenis badan saya, akan mengalami masalah water rentation bila saya makan carbs especially bihun dan nasi putih. Pagi baru saya berani ambil carbs untuk energy sepanjang hari contoh roti atau pasta ( ukuran 1 cawan)




Even Kevin Zahri pun cakap makan bihun jangan lebih segengam tangan ( sama macam dia cakap untuk makan nasi kan kan??? Nah aku tepek sekali dekat bawah)
= sama dengan


Tak caya pergi link ni (Kevin Zahri ) dan gambar-gambar ini saya cut daripada page website Kevin Zahri. Jadi untuk menjawab bihun untuk kurus ? If you seriously to lose weight or burn fat, you know what you should do kan?. Akhir sekali boleh nak makan, tapi control bebeh!! Control bebeh… untuk orang yang tak pandai control dan ada saka besar macam aku tu, terpaksa berdisplin dengam menjauhkan benda-benda ni.


Sekian bebelan diari untuk hari ini.