Monday, 31 December 2012

Samsung Galaxy Golden Disk Award Yang Ke -27

Samsung Galaxy Gold Disk Award yang ke - 27 adalah salah satu majlis yang berprestij tinggi   di South Korea. Dan Kita harus berbangga Malaysia telah menjadi tempat  bagi agenda utama majlis ini.
Kepada peminat tegar K-pop atau singkatan kepada korea pop inilah masanya anda merebut peluang untuk hadir ke acara emas yang di bawa daripada negara kimichi ini.

Saya berharap pihak nuffnang @digi evangelist  dapat memberi peluang kepada saya untuk hadir kepada majilis gala yang hebat ini. Ini kerana saya mahu tonton secara dekat dan eklusif  bagi majilis yang berprestij gala tinggi dan dengan bangganya sebagai rakyat malaysia dan  berharap dapat berblogging tentang event ini.

Siapa tak bangga jadi rakyat malaysia ? Bila dapat dijemput dan dmenyaksikan artis k-pop secara live depan  mata kita kan ?  Kita hanya mampu mendengar daripada corong radio pada musim luruh daripada penyanyi k-pop Wonder girl " Nobody" kepada  PYS dengan lagu "gagnam style".


Pys




Wonder girl
Nanti kita mampu melihat "mereka" depan biji mata kita sambil terbeliak bagaikan dalam mimpi. Yeahh!!!!!!

Acara gala ini berlangsung selama dua hari  :

Tarikh : 15th Jan dan 16th Jan
Masa : 7.30 ptg sehingga 10.30 mlm
Tempat : Sepang International Circuit, Malaysia

Kalaulah diberi penghargaan untuk sertai majilis ini, saya seperti mahu angkut adik saya si ainaa tu ke majlis ni. Sebab Dia seorang yang mampu menyanyi lagu korea. Macam mana dia boleh hafal ,saya pun tak tahu ? *angkat bahu * Cara dia nyanyi menyebabkan saya rasa bagai senang je  nak bercakap dalam bahasa korea.. #eh *sengih*


Tidak dilupa ,salah satu penaja utama bagi acara ini adalah digi (digi easy prepaid )dan diucapkan terima kasih kepada mereka kerana bakal menyediakan acara gergasi ini. Sebagai tanda penghargaan digi telah menyediakan cabutan bertuah kepada pelanggan mereka dengan beberapa langkah mudah.


Bagaimana cara untuk meyertai peluang keemasan ini... mudah sahaja.

Cara : Melaram dengan pose yang menarik seperti tiru gaya artis k-pop anda bersama 3 buddyz anda (Kawan anda yang tak akan terpisah) dan uploadkan sebelum 6 Jan 2013




Dan jangn lupa melihat perkembangan acara ini melalui FB Sila lawat di link ini


Sunday, 30 December 2012

When you got the fever.

You can eat your panadol at the first place , but when it's already took 2 days, my advice please see the doctor as soon as possible... because you already have the virus and you need to take antibiotic .

Dont trust the urban legend... when you heard that you need to cover up your body with blanket. Trust me it will be worst. When you get the high fever you need to low your body temperature possible you can.... I mean to the normal one.. the best way take a bath. Drink a lots of water to cooo down your body.

Last and not least , take a good rest dan makan ubat. If another 3 days still the same . Go to hospital please. Health is your rich.

Preview Teater Ali baba




Teater Ali baba yang dipentas pada sepanjang bulan december, seharusnya diberi pujian yang melambung tinggi. Bagi aku patutlah diberi standing occasion. Pembukaan yang unik, bila korang masuk sahaja ke dewan teater, terasa anda sudah berada dalam cerita hikayat 1001 Malam. Epilog cerita yang dibawa oleh pelakon-pelakon memang hidup.


Daripada  ahli silap mata  yang membawa ke alam mistik hingga kepada oppa gagnam style yang memang style. Senarai kepam aku yang terlambat sikit update sebab takala itu aku sedang berlawan demam. Daripada bercakap orang omputih terus kepada bahasa melayu balik  :)


Siapa tidak tonton memang rugi. 




Tuesday, 25 December 2012

Papa is my english teacher

*winks*

Pizza san francisco , Wangsa Maju


I'm not feel very well and out of sudden I want to eat something can pamper me out. So san Francisco near to NZ was my choice by help out this list of course from my boyfriend ideas.







Pizza san Francisco not just offer your a kind of pizza.But it also have variety of menu. From the food, I might be guest it is Mexican cuisine
Caak...makanan sampai...Walaahh. After 20 minutes waiting









That evening I'm ordering lamb shank and nachos. My thought Imagen the food will be come out like chilli's. I'm full of hunger and can't wait to 'lahap' my food.


'
'
'

Dowhh.... the price same like chilli's however the portion was Malaysian size. How disappointed  it is.If you plan for business conversation or one of your first date then you can eat at here.Basic the food was so so ok. However the portion is quite small compare to the price. Damn..balik rumah makan mamak.

Monday, 24 December 2012

Behind the story at D'Village Melaka

As from previously entry ,We started moved our gear up around 3.30 PM. Papa confidently estimate that we can touchdown at Umbai around 5 PM.
From the way my dad drive  for sure it will be less than two hours. Unfortunately, road was totally congested even we used the old road, we facing the same troublesome. Wahhhh laparrrrrr!!!!!!!.Then around 8 pm plus , we finally save arrived at Umbai again … parameswara was total pack like sardine. So we just eat at the small shop around the corner name “ Gerai ayahanda”. ( In future if you plan to eat at Umbai please make sure you arrived there before 5PM and please over night at Melaka during school holiday/Weekend)

Makan sampai kenyang and our stomach like gold fish.. buncit tunggu meletop.

Papa planned to rushed back in the same day cause we not bring anything accept our handbag .(papa is only guy in our family).Since school holiday, Papa pop up the idea  to over night at Melaka when we all on the way to Ayer keroh to crossed the road way back to the KL.First step we tried to check –in at Seri Malaysia. However Seri Malaysia was totally fully booked.One of the staff suggested  us to check-in at  D’ Village Melaka. Just 2 blocks from there and after zoo Melaka.We check-in almost late , around 10pm and a few minute to 11 PM. Our chalet room number is 605. Usually as Muslim before we entered
To a new place. We need to knocked the door and give salam. If you entered to the room no people in there ,youNeed to mention “ Assalamualaina warahmatuallahhi wabarakatuh”. I not saying in the proper words even mama did correct my word. Dalam hati I’m said “ Ada aku kisah?”

 I did not wash my feet and face and fast dive into my wonderland. Jeng jeng jeng… In the middle of night
I’m dream that I was “bersila” in the floor room of the hotel then suddenly there are two girls greeting me.
“saya nak ikut awak boleh?”

Inside the dream.. I feel like real world, and I said “ ok boleh” and I turn around saw one girl wearing in white baju kurungAnd another one wearing black baju kurung their style like orang dulu-dulu if you watch p.ramle movie exactly  like that.Then I asked them how old they are ? Because they age look like my younger sister.The white , looking at me  like can read my mind and answer my question , I’m sixteen.
Then another one the black one suddenly get mad and shout out to her sister “ Bukanlah kita umur 102 tahun”Suddenly I’m feel so scared and tried to wake up from my sleep , Inside my dream and I'm already woke up from the sleep and  can heard the things told me,” awak kalau nak tengok saya boleh tengok daripada tepi mata awak” and Again I woke up from my dream for the real one.
Till now the dream haunted me.. and right now…I'm have cold fever rigth now. Moral of the stories, please wash you feet and watch your mouth and steps at new place.

p/s : sebenarnya dah biasa dah kena. Aku rasa macam aku ni ada daya magnet benda halus.



   


Sunday, 23 December 2012

Behind the story at Umbai Melaka


Freash one


Kerang Rebus
Nasi lemak



We was heading to umbai, melaka for ikan bakar. Of course when we said ikan bakar most of us will think about medan ikan bakar umbai ,melaka. Please don't tell me that you never ever heard about parameswara famous ikan bakar in the melaka town.If yes... you should get you butt to come here.
Papa would like to celeberate ainaa's result exam. Congrate to ainaa cause she scored for 6A yeaahhyy!
We move around 3pm and unfortunely we managed to arrived there around 8pm plus plus. Traffic congested was all the way road.
Kita orang dalam kereta dah tahap kelaparan gila
Bad news was... we when arrived, there are no seats at all. Semua orang nak serbu parameswara.However syukur, we can get our parking.
I'm already started my bad attitude ....sedap ke makan gerai-gerai kecil ni.Since papa was super duper explorer. Ok layan jelah.
Name of this shop "gerai ayahanda". We quite suprise because the cuisine was quite similiar with parameswara.
Masa tengah focus makan. Ada adik kecil lalu jumpa kedai tokeh gerai kami makan. Sambil bercakap macam lelong. "Abang ikan habissssss"
So the brother pass to him a few siakaps.Then the boy run back to parameswara.
Orait.....
No wonder the taste was similiar.after all what we eat for the whole family, the amount around RM176
Oklah got ikan siakap bakar, kerang rebus,2 buckets of otak-otak,two vegeterian cook style,big prawn grade A around 1kg , chili crab..... nasi lemak for 4 person and a pitcher of orange juice... ehehehe


Butter prawn


Saturday, 22 December 2012

Running out of time

When time was running quite fast ,I'm almost forget that i have my special and precious cat named bitsy. Did i update to you ,that bitsy already has 3 notty kittens.?Since my schedule was very full pack I'm just make sure that bitsy and her kittens have proper food and clean litter box. Thanks to mama because she look after bitsy and kittens very well.
I think it's just a week that i don't went back to home.
And today I'm totally amazed to my grandchilds (I'm referring to bitsy's kitten)muahahahaah.

Their grown up quite pretty fast than I thougt.From size of my hand to....size of my handbeg. Muahahaha.By the way I'm not planning to keep them except bitsy and ceepy(maybe). It's not meaning that I don't love them, I don't them to feel abandon since my partnerand I quite busy. I'm with my master studying and creepsz with a tan billion of work.

Like muse music song time is running out...

Cara nak hilangkan selulit paling senang


(gambar daripada google)



 Pernah tak kita sedang cuba memakai skirt/shorts atau melihat orang memakai skirt/skirt pendek, jeng jeng jeng tetiba terlihat dibawah pelipatan mengerutu , berbiji, PENDEK, terlipat beralun dan tak halus. Maka dengan itu kita pun bergegas terus menukar pakai benda yang boleh tutup selulit.


Tapi wa tabik spring siapa yang high confident tinggi, boleh pakai selamba skirt/hot pants sambil ternampak lipatan garisan-garisan pendek. Serious wa tak confident nak seksi macam tu. Teettt!!!! bila pakai masuk balik bilik, tukar balik bottom bawah. Tapi ada setengah masih berdiri teguh tunjukkan selulit teettt.!!!!!wa caya lu beb.

Garis halus yang beralun ,menampakkan kaki kita menjadi PENDEK!!!!. kita akan terhantui perkataan selulit di dalam benak otak kita.(lagi sekali credit kepada orang yang high confident dengan selulit yang menganas )
Selain daripada pergi ke salon kecantikan untuk terapi ,ok jom terjah  macam mana nak hilang/ilusi optik :

  1. Berjalan -kalau tak mampu berjogging kita jalan. Mulai hai start kerja nanti nak pergi kerja. Silalah parking jauh sikit. Aktifkan diri dengan berjalan. Mana-mana sahaja jalan. Jangan minta suruh orang ambil barang kita. Apa kata bangun dan jalan kaki ambil barang tu. Jalan jugakan ? Ada masa waktu petang, mulakan aktiviti sihat berjalan-jalan di padang. Atau benda paling mudah, window shopping.

  2. Gunakan Tangga -Office ada lif kan ? ok sama juga mulai hari kita nak start kerja sila gunakan tangga. Tapi janganlah sampai menghukum diri. Kalau dah masuk tingkat ke-10 tu mampu ke naik tangga? apa kata selang-selang 3 tingkat naik/turun pakai tangga lepas tu baru lif.

  3. Bronzer - Ok kekadang kita tak mampu nak mengelakkan sesetengah pakaian tu melambai-lambai memanggil kita untuk pakai. Tapi malangnya baju tu lah buat selulit. terutamnya dress. Atau pun siapa yang dah kahwin feeling-feeling nak seksi dekat rumah nak pakai hot pants. Ada setengah pakar mekap kata boleh cover dengan bronzer mekap dengan sapukan di bahagian selulit tu. Ilusi tipu sementara , At least kalau tetiba nak ambil gambar kenangan ke comel-comel ke nampaklah tercover sikit.Sebab kekadang kat dalam gambar ,selulit tu akan menampakan KEPENDEKAN kita lagi betul tak ? betul tak ? terutamanya bila posing kita tengah duduk. Berlipat-lipat.....(malunya kita masa tu tutup mata)


  4. Cara hidup kucar-kacir - Ha ni bukan aku cakap ek. ni pakar cakap. aku pun terfikir juga apa kaitan cara hidup kucar-kacir dengan selulit. (Mari kita improve bersama- sambil raba selulit masing-masing dikala ini) Pakar cakap bila emosi tak stabil dan ketegangan emosi ini membuatkan otot kita lemah. Sebab tulah bila kita diet bagai atau bersenam bagai. Tetiba  selulit ni tak juga hilang-hilang. Antara faktor yang mempengaruhi adalah emosi perempuan kita tak stabil. Jadi lepas ni peringatan untuk diri sendiri dan antara satu sama lain. Setiap kali emosi tak stabil, nak meroyan, nak megutuk orang (oopsss sebab ni pun berkaitan emosi tak stabil ) ingatlah selulit kita. Makin banyak selulit maksud kita suka meroyan ? teettttt abaikan ni teori gila aku.#gila

  5. Senaman - sumpah ni aku malas. tapi nak buat apa, selulit bukan short cut untuk hapuskan zaaass  dan taaadaaaaa hilang macam tu. kena buat senaman dan korang boleh google daripada internet salah satu artikel aku baca dari ini
ok. marilah kita mencuba bersama-sama. Sebab ingat Selulit Nampak kaki kita PENDEK,
(tapi lantaklah orang nak cakap apa selulit ke tak selulit ke yang penting kita sihat  betul tak ?)

Friday, 21 December 2012

Check this out before you balik kampung









Don’t #BalikKampung without checking out the deals on the Standard Chartered credit card!

  1. Enjoy 15% petrol cashback for 6 months when you sign up for a Standard Chartered credit card!
  2. Get a free SmartTAG worth RM120 when you sign up for a Standard Chartered credit card today!
  3. Get RM55 cashback with your new Standard Chartered credit card! 





10 Pengakuan Jujur Lelaki/Partner Terhadap Wanita




  1. SEX sebagai senjata
    Jantina lain, barang pun lain betul tak ? Untuk menunjukan kawasan jajahan dan talukan , seringkali ada setengah wanita mengunakkan taktik kotor dengan menyerang kelemahan lelaki , aku ulang kelemahan lelaki sejagat adalah SEX.
    contoh : ada setengah wanita suka gunakan SEX untuk tujuaan tanggujawab kepada lelaki yang innocent.
  2. Membebel
    bayangkan wanita adalah pistol yang berisikan peluru, pistol itu boleh menembak tak henti-henti kekadang boleh sampai 45 minit. Non Stop. agak-agak meletup tak telinga yang dengar tu ?
    Itu bukan maksud lelaki tidak pernah ambil berat tentang pasangannya. Cuma mereka tak larat nak dengar setiap perinciaan detail yang kita cakap.

    contoh :
    Perempuan : saya pergi kedai beli bunga, bunga tu sangat jadi ada warna putih,pink. ada yang dihias cantik sangat bla bla bla
    lelaki : (dia nak dengar  "saya pergi kedai beli bunga" sahaja)
  3. Shopping KAPAK
    Boleh cakap shopping, seriously ini adalah kawan rapat wanita. Mereka adalah makhluk yang dikagumi boleh shopping berjam-jam lamanya. Kalau bershopping group lagilah bahaya. Mereka boleh abaikan tanggujawab mereka,sanggup tak makan dan tak minum sebab shopping.Mereke belek,telek,compare,testing dan tukar kedai balik dan datang balik dekat kedai sama.
    Paling menakutkan bila mereka ajak lelaki teman untuk pergi shopping.

    contoh : perempuan agak ajak lelaki teman dia pergi shopping midvalley. dari hujung midvalley ke hujung midvalley. tak rasa nak makan dan minum dan masuk satu-satu kedai. Agak-agak hangin tak lelaki tu?
  4. Bermain dengan EmotionalWanita mana yang tak emotional,tak saiko. semua sama cuma tahap mereka ini tinggi atau rendah.Mereka akan emotional bila kuku patah,jerawat tumbuh,rasa gemuk, lapar dan sebagainya. Kekadang mereka bergaduh antara satu sama lain, menangis. Yang lebih teruk, kalau mereka emotional mereka akan lepaskan dekat lelaki. Dengan berharap lelaki dapat bersihkan haru-biru meroyan mereka. Kira maksudnya tanggujawab lelaki adalah emotional wanita itu di bahu lelaki.Sayangnya lelaki/partner bukanya seorang yang emotional mental untuk layan kerenah kita yang bingit ni. 
  5. Ceroboh barang personal
    Itu memang sifat semulajadi kami, kami stalker,selongkar selagi boleh. Buka semua benda yang tertutup rapat. Kalau rasa baju kemeja tu lusuh, mereka akan suruh tukar. Bila ada fesyen rambut baru (rambut adalah barang personal lelaki jangan usik kalau boleh) kami akan suruh partner kami tukar style baru *saje je* sebab kami nak nampak korang semua hensem...#eh
  6. Bercakap dalam Bahasa coding
    Ini adalah salah satu contoh bagaimana wanita nak menguji lelaki. Suka guna perkataan yang mengarut dan perkataan yang mempunyai bahasa coding. Contohnya tetiba masuk kereta, dan masuk  wah cantik beg tangan tadi saya tengok kat forever 12... bla bla bla... cakap jelah yang korang suruh dia beli. takpayah nak bahasa coding. Dorang tak faham punya.
  7. Cemburu Membabi buta
    Mereka suka kita cembura menunjukkan kasih sayang kita terhadap mereka. *sikit je* sikit je tau. Tapi kalau cemburu yang melampau-lampau. Lepas tu dia dah explain, lepas esok kita cemburu benda yang sama dan hari-hari yang seterusnya. serious dalam hati dia macam nak hempuk-hempuk muka kita kat stering kereta tu. Tapi disebabkan sayang, mereka makan dalam baik punya. Hingga satu tahap esok lusa baru dorang buat betul-betul. Jadi jaga cemburu anda.
  8. Kaki Kritik
    Mereka sebenarnya menyampah bila kita kritik perempuan lain. Sebab mereka pun tahu awek mereka sendiri pun tak perfect. So janganlah kritik perempuan lain terutamanya kawan sendiri. Sebab mereka jelek tengok korang kritik belakang-belakang lepas tu bila jumpa peluk,cium dan laga pipi bagai. Jijik tau bagi mereka. macam jilat ludah sendiri
  9. Tak faham
    adik beradik dengan cemburu. cuma bezanya bukan cemburu, tak faham situasi mereka. Contohnya dia kena balik lambat  nak ambil lambat sebab dia tetiba kena attend meeting dengan boss. dia. Lepas tu kita pergi hambur bertubi-tubi dekat dia sampai 3 bakul. Sebab tu kekadang jenis macam ni. Lelaki suka pasang lagi seorang sebab dia bosan ... bosan ....bosan...
  10. Queen Control
    Nak contorl boleh ada caranya control untuk demi kebaikan dia. tapi kalau dia nak lepak dengan kawan dia pun tak kasi. Nak jumpa mak dia pun tak kasi. Nak tengok siaran bola sepak pun tak boleh. Serious tunggu masa angkat kaki je. Sebab dia tunggu lama pun pasal tanggujawab.

Preview Les Miserables Dengan nuffnang & churp churp

Tayangan wayang premier cerita pada 20 dec12 di Mid valley, dihidangkan dengan pop corn dan air coke disisi tempat masing-masing untuk blogger dan churp churp. Cerita berkaitan revolusi perancis. Tapi kisah disebalik kebangkitan cerita revolusi, siapa layan phantom of opera ok cool.
100% cerita berkonsepkan muzikal.Pengemar teater akan jatuh cinta dengan konsep jalan cerita ni bila menghayati watak-watak ni. Huge jackman bawa watak tu memang hidup dari permulaan cerita tak kenal pun rupa dia.

Nak cerita banyak nanti tak suprisela kan. Sila tonton ya di wayang pada 25 december ni.

Thursday, 20 December 2012

Macam mana nak dapat Status Glitterati Nuffnang




Siapa yang ada nuffnang akan tahu apa itu glitterati. Glitterati umpama pangkat blogger idamkan dalam blogger nuffnang. Masa mula blog aku rasa macam susah nak dapat tittle. Tapi berkat tips-tips yang aku sibuk belek semasa blogwalking membantu aku.Status Glitterati sangat penting dalam nuffnang sebab bila korang reach benda ni .Priority event mungkin kita dapat masuk dan pergi.Beberapa tips daripada pengalaman aku yang aku ingin kongsi bersama



  1. Fist kali pastikan korang tempek kan iklan nuffnang dalam bentuk html di blog korang.  Seberapa banyak boleh. Yang penting Banner, tepi blog dengan every entri ada iklan blog.
  2. Dinasihatkan kalau boleh dah guna nuffnang sebagai sponser iklan kita, janganlah pakai pesaing nuffnang. Dulu masa aku dah pangkat glitterati ni tetiba jatuh lingkup , ingatkan tak aktif. Tapi sebenarnya aku pergi tampal iklan selain nuffnang..
  3. Rajin update blog entri. Paling command 1 hari 1 blog entri. Ranking itu akan naik. kena banyak sabar
  4. Non stop blogging. sabar banyak-banyak ek. kekadang pasang surut memang macam tu. tetiba status glitterati ni jatuh. Ada bendalah tu korang buat silap. Masa aku dulu 4 hari non stop blogging dah dapat status glitterati. Lepas tu maintain je status tu.

Kereta besar, untuk orang bodoh



Pada satu hari sedang anda berjalan-jalan membawa kereta kecil anda yang tak sebeberapa besar, sedang anda nak jalan terus. Tetiba kereta giant besar zusssss terus keluar dari celah mana selokoh memontong anda. Anda bukannya bawa kereta dengan kelajuan 40 KM/J. Boleh tahanlah anda bawa laju. Tetapi kereta besar tu bukan main sedap mak bapak dia punya jalan main potong.

Teeett!!!! confirm anda mencarut berbakul-bakul dan spoil mood masa tu.
Kereta besar-besar, orang pun mesti ingat kereta besar belajar tinggi. Tapi otak letak kat kaki.

Bersetuju tak cakap aku ? Cuba lepas ni kalau korang bawa kereta masuk dekat jalan raya. Perhatikan orang yang bawa kereta besar. Tak senonoh langsung perangai. Ada sekali aku makan satu tempat. Si kereta kancil parking berhenti sementara di kotak OKU untuk turun mak dia ( aku andaikan) yang uzur yang jalan bergetar-getar tangan. Aku pun kagum, waahh seronoknya anak engkau jaga bebaik. Tetiba ada bunyi hon. Dan menjerit hoooiii lambatlah. !!!

Bila aku toleh , aku tengok orang bawak kereta lexus yang menunjukkan penumbuk pada pemandu yang turunkan mak dia tadi.

Seraya itu aku pun memaki. Engkau kereta besar , otak kecil! huh*
dasss dasss mulut maki kencang. tak ingat kalah wanita melayu yang terakhir.


Nak jumpa kereta besar otak pandai boleh kira pakai jari. Mungkin boleh jumpa 1-2 orang dalam sehari. Lain-lain orang bawa kereta besar adalah bodoh. Bawa masuk line kecemasan padahal tak jem mana pun. Parking tengah jalan tambahan jalan tu sangatlah kecil. Masuk jalan tak beri signal. Macam-macamlah.

Kesimpulan kereta besar/ gah adalah orang bodoh.

Wednesday, 19 December 2012

Hipokirasi dan politika Pejabat

Sejauh mana kita pergi atau pegangan kita dalam konsep dalam kita berdedikasi dalam berkerja pokoknya adalah kita sendiri. Selain persekitaraan akan memain peranan penting. Lagi sekali pokok pangkal adalah daripada kita sendiri.

Hari aku sedar atau entah kali berapa kali aku sedar, orang di pejabat atau dipendekkan cerita orang yang kita berkerja antara orang yang kita tidak boleh percayai. Pendek kata ini umpama dunia politik kecil kita untuk harungi hidup.

Idealogi dimana periuk nasi, disitu datang persiangan antara satu sama. Kipas mengipas tu lumrah biasa. Jangan bergossip dan jaga kerja kita secukupnya. Jika anda tau buat kerja adalah ancaman utama.

Hidup kena pandai. Kalau kita perasan secara tak sengaja, kita jarang atau tak mungkin rapat dengan kawan di pejabat anda. Dimana-mana sahaja semua sama.

Pendek kata jaga mulut,jangan gossip dan jaga kerja.

Preview Jack Reacher

18/12/12,  Tayangan premier Jack Reacher daripada nuffnang dan churp churp. Terima kasih atas jemputan nuffnang . Uhuhuh. Aku dapat "dating" dengan si kacak tom cruise. Permulaan tanggapan, kalau tengok si cruise akan terbayangkan aksi dalam mission impossible. Girls.... ah ah ah tidak ya... jauh sama sekali. Tight up your butt girls. Cerita dia not bad.Tapi penuh dengan teka-teki lekok. CErita dia banyak mengunakan intelektual korang. Untuk berfikir. Aku boleh remark dekat sini sebagai aksi intelektual, mempunyai dialog yang kuat jika dibandingkan dengan mission impossible. Lebih aksi padat berbanding dialog. Cerita ni ajak korang berfikir macam mana si sniper (pemburu hendap) mengunakan taktik serangan hendap. Uhhhu...das bunyikan tembak tu macam korang punya kepala yang kena head shot. Tetiba aku teringat game counter strike tu.
Lepas tu awal babak cerita korang terkulat sikit. Sniper tu tak perikemanusian yang menyebabkan lepas tu korang tak nak rasa menonjol di tempat terbuka sebab takut jadi sasaran tembak rawak.... p/s: tak yah cerita banyak aku bukan pengulas kritik yang termuka hik hik hik. Nanti dah keluar movie, sila tonton yaaaaa...

Monday, 17 December 2012

10 cara mudah nak start Diet




  1. Cut Down air gas
    Skip soda lose weight. Tahu tak dalam satu tin air gas tu mengandungi berapa kalori ? Silap hari bulan lari satu padang pun tak habis kalori tu. Lepas tu air gas akan memberitahu otak kita supaya berasa lapar cepat dan mahukan benda manis. Jadi cara mudah. Jangan minum air gas

  2. Berhenti makan makanan segera
    Dahlah minum air gas lepas tu sumbat lagi makanan segara dalam mulut. Good luck.
    Melainkan masa tu kita tak dapat elakkan seperti berjumpa kawan di mcdonald. Beli cheese burger. Bukan burger daging sahaja yang lain tu buang. Elakkan benda berminyak
  3. Cuba 5  benda
    Habis tu nak makan apa kalau mcdonald dengan air coke tak boleh minum?
    Cuba makan/minum 5 jenis buah atau sayur yang berbeza
  4. Makan tiga kali
    Jangan berlapar atau kerap nak makan je. Kita makan tiga kali hidangan. Pagi,tengah hari dan malam. Dan makan sebelum pukul 7 atau paling lewat sebelum pukul 8.
  5. Jangan Beli
    Jangan beli jajan. Jangan beli aiskrim dan jangan beli keropok. Sebab kita sendiri pun tak mampu nak tahan nafsu makan kita.

  6. Elakkan benda berwarna putih.
    Elakkan gula,nasi,susu (minum yang rendah lemak), roti dan sebagainya. Majoriti benda warna putih
    mempunyai kalori yang tepu dan tinggi kalori
  7. Sos
    Elakan mayo,elakkan sos cili ,elakkan adik beradik sos. Sama juga konsep dia mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi. Kalau ambil sos cili tu baik pergi minum 1 tin air coke. Sama konsep dia.

  8. Berhati-hati apa yang anda minum
    starbuck,coffea bean, 3 in milo apa lagi ? ya itu juga akan mempengaruhi.Umpama makan 1 cheese burger. Boleh nak minum tapi pilih yang rendah lemak dan tiada gula.
  9. Hidrat
    Air kosong adalah kawan baik anda. Jika bercadang untuk diet. Minumlah air kosong 8 gelas sekali.
    Sebab dia boleh menyah toksin badan dan mempercepatkan metabolisme kita.
  10. Jangan tidur siang!
    Yaaa aku memang suka tidur siang. Kalau kita malas senaman. Jadi digalakkan jangan tidur siang. Tidur waktu malam sahaja. Cergas dan banyakkan bergerak pada waktu siang.

hujung minggu yang padat. Terima kasih Nuffnang


Hujung minggu aktiviti aku yang padat. Tapi ada sesetengah tu terpaksa dibatalkan dan tak menjadi ada sebab -sebab tertentu.

1. Tayangan Primier Les Miserable.
Rasanya pihak nuffnang tahu kenapa benda ini terjadi. Mungkin ada sebab-sebab teknikal.
Blogger akan rasa sedih tak dapat meneruskan perjuangan movie mereka. Lagipun aku tak leh stay, kebetulan dapat sms mengatakan makcik aku sakit teruk. Kuasa allah

2.Workshop Graffiti 101
Patutnya aku dah memang excited dah nak pergi workshop ni. Oleh kerana makcik aku sakit teruk. Aku terpaksa batalkan . Workshop boleh bayar kot kelas dia. Family hilang tak leh ganti.Jadi dengan berat hati aku korbankan kelas workshop aku... huhu

3.Video Shoot dengan Lisa surihani
ahahha. comelnya dapat jumpa dia. Dia siap cakap dengan aku, inilah budak hilang cd. Dia ingat lagi comel kan? No wonder dia cepat naik. Anyway tq lisa spent time with us. Tapi aku pun kepenatan juga nak tunggu turn shoot video tu. Dan terima kasih kepada kak nam dan eno yang sudi datang.


Nasi Kukus Ilham, Mutiara Damansara



Dikala orang sedang sibuk terkejar dan beratur untuk meatball ikea. Ramai yang lupa sebenarnya ada lagi tempat sedap nak makan dekat mutiara damansara tu. Tak jauh daripada ikea dan lagi harmoni daripada kena beratur dan berasak mencari parking. Terutamanya pada hujung minggu. eeee. tak sanggup nak menunggu.

Nasi kukus ilham adalah terbaik di kawasan ini. Siapa tak kenal ? Silalah cuba dan tak rugi pun.

Ayam goreng rempah yang panas-panas( kalau potong ayam tu kecil nanti macik tu kasi lagi ketul ayam
serdahana untuk pelanggan)

kuah nenas yang best freash dan juicy

sambal belacan yang best dan pedas

Kuah rempah kari dia yang terbaik (best)



Harga pun berpatutnya. Kekadang orang beratur nak makan nasi ni pada waktu petang dan tengah hari. Tapi majoriti semuanya tapau balik rumah.


Dekat sini self service, maksudny waiter tak datang meja ambil order, korang kena beratur ambil nasi lepas nak air pun sama.


Alamat nasi ilham kukus yang best :

NASI KUKUS ILHAM7 Jalan PJU 7/16
Mutiara Damansara
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 019-337 7551

Open Daily: 11.30am-10pm


Buli gingerbreadman

This is what happen when i have nothing to do at december. Makan gingerbreadman

Saturday, 15 December 2012

Apa itu maksud Faraid?




Bila orang berhujah faraid dengan kita. Jadi kita balas balik maksud faraid ini. Jadi supaya bila kita nampak rock, orang pun takde perlekehkan kita. Yang kita ni celek hukum dan agama. Jangan hanya bertudung atau berpakai kopiah. Atau harta benda. Tapi bila asas. Bila tanya. Habuk satu tak tahu.
Jangan berlagak pandai bai. Dosa nanti kalau bab-bab ni dimainkan. Sebab bila dah makan harta yang tidak dibahagikan secara adil dan orang yang sepatutnya dapat tu tak merasa dan terasa dizalimi. Engkau jawablah nanti.
Faraid adalah satu sistem pembahagian harta yang secara adil di dalam islam. Di mana ada formula dibahagikan kepada keluarga si mati. ( Jadi seharusnya si mati semasa hidup kena siap sedia untuk membuat wasiat untuk mengelakan berlaku perebutan harta) 


Contoh : Ali baru meninggal dunia meninggalkan isteri,anak-anak dan ibu. Beliau juga mempunyai adik beradik betul dan diri.


Hukum faraid menjelaskan : pembahagian harta adalah untuk isteri, anak-anak dan ibu (jika hidup). DAN adik beradik tidak layak untuk mendapatkan faraid.


Faraid HANYA lah untuk didapat kepada adik beradik BILA si mati ADALAH BUJANG.


Lagi satu faraid adalah harta yang bersih sebelah ditolak daripada hutang(hutang Allah dan dunia) si mati dahulu.




Mengenal pasti waris-waris yang berhak bukanlah sesuatu yang sukar. Kebiasaan yang terfikir oleh kita tentang waris-waris yang terdekat ialah isteri/suami, anak-anak dan ibu-bapa. Secara mudahnya ada lima orang waris utama yang berhak ke atas harta peninggalan kita. Untuk memudahkan lagi proses mengenal pasti waris di sini diterangkan beberapa situasi.

A) Bagi orang yang sudah berkeluarga, 5 orang waris utamanya ialah:
    1. Suami / Isteri
    2. Anak Lelaki
    3. Anak Perempuan
    4. Ibu
    5. Bapa

B) Bagi orang yang masih bujang, 2 orang waris utamanya ialah:
    1. Ibu
    2. Bapa

C) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi tidak mempunyai anak, 3 orang waris utamanya ialah:
    1. Suami / Isteri
    2. Ibu
    3. Bapa

D) Bagi orang yang sudah berkeluarga tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 3 orang waris utamanya ialah:
    1. Suami / Isteri
    2. Anak lelaki
    3. Anak perempuan

E) Bagi orang yang masih bujang tetapi sudah tidak mempunyai ibu-bapa, 2 orang waris utamanya ialah:
    1. Adik beradik lelaki.
    2. Adik beradik perempuan.


Dengan mengetahui waris yang betul-betul berhak akan dapat memudahkan proses tuntutan pusaka di mahkamah, memudahkan proses pembahagian faraid dan dapat mengelakkan pertelingkahan antara ahli keluarga.

Date Spoiler



Nak cerita pengalaman dating aku, aku ni minah tak control ayu tapi malu-malu yang mahu. Jadi kalau dating tu tak pernah lah nak control diri nak jadi ayu . Kekadang ada juga berlakon nak menjadi ayu akhirnya aku bukan jadi diri sendiri.( boringkan bila kita kena berlakon tak jadi diri kita)


Aku adalah memang date spoiler( wahhh dengan kagumnya menyebut, jadi saya pernah bercakap dengan aku dah tahu gaya aku cakap macam mana). Jadi kepada kekasih hatiku sekarang ni, tak usah risau kalau aku nak curang. Tepuk dada dan tanya selera, memang aku "date spoiler " kan ?



Kisah pada 15 tahun yang lepas ( entah aku malas nak mengira)

Dulu masa asrama adalah  nak rasa " bercinta" tu macam mana. Seronoknya je dapat surat melayang lepas tu lipat kecil-kecil. Lepas tu hujung minggu nak merasalah macam mana nak outing bersama. Miangkan ? Mak ayah suruh masuk sekolah nak suruh pandai. Kita pula tergedik-gedik nak bercinta.
Asalnya kat sekolah asrama ni tak melekat lah kumbang, Tetibasatu hari dapatlah surat layang . Cehhh !!!daripada SA ( secret admire). Nak ajak jumpa pukul 3 petang kat kelas tingkat tiga. Pada 3hb March (tahun aku tak ingat).

Sekali si sinon dah megurat langkah nak mengurat aku kat depan pintu ni. Aku pun teruja. Angkat kaki sebelah. Tunjuk sifat gedik. Preeeetttttt  ( terbaik aku kentut dan wangi harum je bau dia)

Confirm Reject.



Kisah 10 tahun yang lepas

Ni zaman universiti putra malaysia pula. Dah ada boyfriend bawa scooter. Seronoknya. (Zaman scoot masa tu) Kena pakai trend dan up to date. Perfect date. Baru sebulan kot bercinta. Nak pakai baju sama. Sehati sejiwa konon. Lepas tu dia pun nak ajak pergi makan Nandos. Seronok ni dapat makan nandos . (Maklumlah masa tu student , nak masuk makan chillis kena minta duit parents dulu ). Makanan dah sampai, Gembira  ni ada orang potongkan ayam untuk aku. Aku pula pretend jadi minah ayu. Gedik-gedik. Gelak-gelak sambil tutup mulut.

Kalau dia dah potong ayam aku, aku pun nak tuang sos kat pinggan dia. Baru nampak tanggujawab sebagai Girlfriend . Gelak-gelak sambil tuang sos,berlakon lemah lembut tuang sos. spplittttttt..penutup sos terpelanting masuk dalam pinggan si sinon , terperciklah sos ke baju putih kegemarannya. Terus dia tinggal aku terkulat-kulat kat nandos tu. Dia ni memang baran nak mampus.


teeeeetttt.........




Kisah sekarang

Dialah raja hati aku sekarang ni, banyak sebenarnya drama date spoiler aku dengan dia. aku rasa kalau aku karang pun kat sini. Berjela. Jadi aku ambil yang terkini jelah. Tapi so far alhamdulillah, dia ni penyabar orangnya dan aku pun tak perlu nak pretend jadi minah gedik-gedik. Sebab dia pun simple. Straight the point.

Dipendekkan cerita setiap kali nak dating, aku pun siap-siap dah mekap ni. Aku tak tahulah kenapa setiap kali dia on the way, aku akan tertidur mati. Jadi dia akan bertunggu jam-jam. Ada kekadang tu sampai balik rumah terus. (sayang dia ni, sabar dia dengan aku)

Dipendekan cerita , pada satu hari aku pun buat lah perangai sama. Dia nak ajak pergi date, aku tertidur. So dalam mimpi tu aku mimpi lah bercakap dengan dia dalam telefon, serious macam real gila bercakap dengan dia. Tapi line asyik putus je. Sebab network coverage tak bagus. Tulah mama dah pesan jangan tidur lepas asar. Lepas tu mama suruh solat asar, Aku pergi ambil wuduk , lepas tu baring atas katil...berdengkur masuk dalam mimpi

Tetiba dapat message dia. Aku balas hello!
terus aku bangun daripada tidur dan terus buka pintu dan masuk dalam kereta dia. Muka member tu dah bengkek dah. Rupanya aku mamai.....dia dah message aku bagai nak rak bila nak turun. aku boleh balas hello?

Spoiler punya date betul lah..

Friday, 14 December 2012

Ibubapa Paranoid





Tolonglah jangan jadi ibubapa paranoid... ya jangan paranoid.
Siapa kata kahwin adalah kunci segalanya kebahgiaan korang, terutamanya perempuan yang suka berangan
ya aku pernah jadi orang seperti itu dulu. Sehingga satu tahap aku tengok satu per satu di kepala mata aku sendiri. Aku bukan nak judge semua orang yang sedang bergelar ibu dan bapa.

Itu adalah satu tanggujawab yang sangat besar. Tahukan kamu ( ibubapa) jika kamu paranoid benda ni lah bakal ditanam sebagai idea dan hidup bersama dengan anak-anak korang. Nak cakap lebih aku pun tak kahwin lagi. Tapi aku sebagai anak,anak buah,jiran,kawan dot dot dot sudah cukup muak dan jelik perangai paranoid ni dalam sesuatu insitusi kekeluargaan.Ya tak semuanya adalah sempurna. Keluarga aku pun tak sempurna. Tapi alhamdulilah syukur dorang tak parnoid seperti family lain.
Jangan rosakkan masa depan anak anda disebabkan perangai paranoid anda. tu. Seriously...


Don't do this :


  1. Mengawal anak terlampau ketat.
    Ada batasan nak mengawal anak. parents aku pun control aku. Tahu tak korang bila aku dapat keluar dengan kawan-kawan bila aku pusing belakang ,dorang tak ikut aku ? . Jawapan dia adalah masa universiti. Kebebasan mutlak dah dilepaskan oleh parents aku semasa aku umur 21 tahun. Sebab dorang percaya dengan ajaran dan tunjuk ajar aku boleh fikir baik dan buruk. Ya memang betul daripada umur itu sehingga sekarang alhamdulillah aku jadi orang walaupun kekadang ada juga rancah dan langkah tu sedikit terpesong 360 darjah. Tapi disebabkan kongkang ini telah mengajar aku nak control.
    Tapi sayangnya ada setengah orang dah masuk 30 tahun dan kahwin pun. Makbapak nak juga control anak, daripada segi rumahtangga dan nak kerja apa. Sehingga sampai satu tahap tu dorang tak mampu nak buat apa yang dorang suka. Tapi Makbapak tahu tak kat belakang ,dorang ni against the law ??? so nak kawal anak berpada-pada.Silap hari bulan anak korang kena sakit kemurungan.
    Tak pun kena gelar anak bawah ketiak.

  2. Jangan Pengaruh Anak
    ada dua situasi satu untuk anak perempuan dan lagi satu untuk anak lelaki.
    Kalau anak lelaki ,tolonglah jangan nak dengki dengan menantu korang tu.Unless menantu korang ni biadap. Dah sah-sah dikahwin perempuan tu sebab dia cintakan perempuan tu. Tahu tak 90% anak kita tu kahwin sebab orang tu hampir serupa dengan kita. Baik bapak tak pun emak. Sojanganlah nak dengki.Itu memang tanggujawab lelaki kepada isteri dia. tak boleh kita pisahkan. Jangan salah gunakan perkataan tapak syurga dibawah kaki ibu. Memanglah...hellloo!!!! kalau dia tak menjalankan tanggujawab sebagai suami...dia digelar dayusss!!!!!!!... mana ko nak ?

    Kalau anak perempuan, kalau anak perempuan dah kahwin, korang kena redhalah anak perempuan korang kena ikut cakap suami. Karang tak ikut dia tak boleh bawa payung emas. Lainlah kalau suami dia ajak minum arak ke, main judi ke jadi pelacur ke, ha... tu memang layak benar korang masuk campur. Pendek kata bila anak perempuan korang dah kahwin ,dia kena patuh  (jika itu patuhan yang betul dalam islam ) kepada suami dia. Kalau tak akhirat kelak tak bau syurga dia. Ko nak ? tak nak kan ?

  3. Berat Sebelah
    Ni untuk mak bapak kahwin dua atau lebih  ATAU ada anak yang sangat banyak. Korang tahu tak dengan berat sebelah kasih sayang korang ni , korang boleh buat satu deraan emosional kepada anak korang. Layan serata yang boleh. Tak payahlah nak puji melambung-lambung anak yang lain kalau salah satu anak korang ni tak berjaya mana seperti angan mak jenin korang ni. Korang cuma memupuk perasaan dendam yang membara-bara.Silap hari bulan koranglah menjeremus anak korang yang tak berapa nak berjaya ni ke kancah kegagalan. Korang tahu tak? kegagalan anak sebenarnya punca korang juga? Tak payah nak salah suami isteri. Dua-dua tak betul pun. BERAT SEBELAH!

  4. Mengarah Anak
    Anak bukannya tukang gaji, memang betul dengan ada kelahiran anak. Dapatlah meringankan sedikit beban korang.Contohnya ada orang cuci pinggan , ada orang boleh urut dan sebagainya. Maksud aku sebenarnya contoh anak nak buat kerja sekolah ni, engkau pergi arahkan anak engkau basuh baju ??? what??? unlesslah anak ko tengah main game tu lain cerita. Atau pun korang tak geti bahagikan kerja rumah sama rata. Ada anak sulung, tapi kerja ibubapa pergi arahkan anak bungsu keluar beli makanan. Apa tu? Anak sulung buat apa? Cuba equal ,hari ini sulung esok lusa angah lepas tu bungso.
    Anak korang bukan tukang gaji ye... jangan satu hari anak korang ni pindah keluar rumah tak nak duduk rumah tu.


  5. Gaduh
    Rumah tangga pasang surutnya. Biasalah itu normal. Tapi bila time gaduh tu, tolonglah jangan gaduh depan anak boleh? Baik perempuan , baik lelaki. Kalau dah perempuan tu , engkau jangan duk perli-perli suami engkau depan anak-anak. Dahlah tak hormat. Silap hari bulan anak perempuan korang jadi perangai macam korang tak hormat suami. Suka? Yang suami pula jangan dok sedap nak tengking bini depan anak-anak. Nak tengking tu tolonglah masuk dalam bilik. Sebab suara korang yang macam hililintar ni boleh buat anak tertekan sampaike tua.
    Sila berlakon normal sebaik mungkin depan anak-anak.
  6. Berjaya
    Tolonglah jangan didik anak belajar tinggi,duit banyak,rumah besar adalah satu kejayaan besar. Kat situ terang bederang korang dah ajar anak korang duniawi. So kalau ada anak yang tak berjaya engkau perli-perli sampai rambut engkau beruban dan nak maksud kubur. Anak kaya boleh bawa masuk kubur ker? Yang boleh bawa doa anak-anak salleh je boleh masuk. So ,titik beratkan sikit ilmu agama dekat anak korang masa kecil.

  7. Jangan Bandingkan Anak
    Ini pantang anak-anak ya. Korang pernah jadi anak kan dulu. Apa perasaan bila bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Nak sangat anak orang tu, gilah main dan dapat anak dengan orang tu.
    Korang cuma menambahkan kebenciaan anak dekat korang.


  8. Sekat Kebahagian Anak Korang
    Tolong dan tolonglah jangan sekat kebahagian anak korang sesuatu, bukannya diorang cakap nak ambik dadah ke, nak jual perempuan ke....Kalau anak kata nak jadi artis, cuba kasi dia belajar jadi artis. Kalau tak laku dia tahulah tu tak laku. Kalau anak nak kahwin, janganlah kata pilihan dia tak bagus ke apa, melainkan korang selidik orang tu tokan dadah tu lain cerita. Kita ni tuhan ke nak bagitahu anak kita ,orang tu baik ke tak ? Cuba cerita? tak kan? kalau tak baik , cerailah mereka. insayallah pengalaman tu buat dorang jadi matang. Tolonglah jangan sekat.Sasau anak tau.

  9. Kedekut
    Dengan anak pun korang nak kedut. Tulah siapa suruh kahwin awal. Ingat sesuka? Unless korang dah ready dah enjoy. Kalau setakat nak kahwin tu nak main baik tak payah. Ini anak punya susu pun berkira. Engkau sanggup beli lipstik engkau daripada susu ??? apa tu???? Jawapan dia sampai ke tua engkau terbawa perangai tu. Jangan marah silap hari bulan anak engkau jadi orang kedekut dengan engkau. Padan muka tak dapat naik mercedes. Sebab engkau masa muda jadi mak, kedekut!

  10. Anak bukan ATM Tulah masa muda-muda tak nak merasa. Nak juga kahwin awal lepas tu baru nak enjoy . Memang terbawa-bawa perangai tu sampai masuk kubur. Kekadang tak salah nak minta anak. Tapi berpadalah. Ini setiap kali anak nak gaji, belum nak merasak korang siap list down barang apa yang perlu dibeli langsing,emas, renovation dapur. Korang nak anak beli kereta besar-besar  dan rumah macam istana. Yang korang ingat anak korang ni atm mesin . Cucuk perut keluar duit. Ni namanya korang dah menyahyah. Dah tua-tua masih lagi nak ingat duniawi . Anak nak rasa gaji pun tak sempat.


























Kita Masih 1



Aku malam tadi nak balik ke rumah
tetiba kagum tengok jalan lenggang
terutamanya MRR2 yang gila tak hengat jem
Tadi singgah dekat burger bakar rawang cawangan NZ tu
pun aku kagum.
Tiada orang beratur panjang ela.
Kalau tak aku tak lalu nak beratur.. malas katanya


Tapi semua orang tertumpu mata masing-masing dekat kaca television
tengok Malaysia lawan thailand.
Owh bola.... tahun lepas hati aku kat bola dah tak lalu
EPL tetinggal
Malaysia match entah mana.
Sebab kangkangan waktu yang tak menentu


Hari ni kagum
walaupun kita asyik berbalah dan berpecah pasal politik
gaduh sana sini
Orang tua jatuh tepi jalan pun tak nak tolong

Tapi bila malaysia masuk ke medan perang
kita turun ke padang untuk meyokong
walaupun caci dan maki ada yang segelintir terkeluar dari mulut
itu rakyat kita kot.

Malaysia masih satu walaupun tak serasi.


Sekian.


p/s : Malaysia kalah dengan bermaruah . (aku takdelah kamera geek nak ambil gambar jalan  raya lenggang..)

Thursday, 13 December 2012

Teknologi tandas baru

Kunjungan di sunway piramid semalam di new wing, membuatkan aku rasa kagum, terlantas aku buat jenguk dua tiga kali pintu tandas, sebab takut tetiba aku masuk ke pintu ajaib doremon dah sampai jepun. Rerupanya aku kat malaysia. Apa kejadahnya aku ambil mangkuk tandas punya gambar ni????. Hahahah aku lupa aras mana tapi tak semua tanda dia serupa. Cuma yang yang beza ini ,ada butang on and off, ada lagu, wap air. Ada air boleh adjust nak basuh dekat celah mana . P/s: masalahnya aku tak geti tekan.

Wednesday, 12 December 2012

Jumpa Lisa Surihani secara Personal


Thank you and alhamdulilah syukur.Today was my lucky day, i have lot and lot  exciting events that nuffnange already offer to me.shall I list in here? *gosok-gosok tangan* eheheheh. Allowed me to publish when its already been attend.But what i would like to share, one of the event, that i can see alive commercial by digi. And guess what......i can meet lisa yes, lisa surihani. And...... i can bring 3 of my friends.Aaaaaaaaaaa... and i'm screaming like been attacked by hysteria.....nuffnang...thank you with million-million times and really apperciate your invitation to me.

Hukum Makan Masakan Bukan Orang Islam


Pernah tak mengalami situasi macam ni?

A : Aku nak makan mee kari nyonya tulah sedap
B: EEEE tak halal. Sanggup engkau makan?
A: Macam mana engkau tahu tak halal ?
B: Sebab Dia bukan orang islam

Firstly Nak tahu kenapa  orang "melayu" cakap Tak halal ?
  1. Sebab dia bukan agama islam ( Kalau orang tu mualaf macam mana?)
  2. Sebab dia bukan agama islam
  3. Sebab dia bukan agama islam
Itu adalah pemikiran kolot dan ortodoks orang melayu kita. Hanya berpegang and berat sebelah kepada kaum. Diulangi bukan agama ye tapi kaum. Tak semestinya melayu tu islam. Pernah dengar Ayam Penyet AP tak halal? ( belum disahkan lagi, tapi rumor kata sebab tak halal, cara penyediaan dia kotor) padahal itu kedai melayu. Kluang Kopi station.... itu kedai melayu, sekali check tak halal. Sekarang dah kembali halal dah.

Nampak tak? Hanya kerana muka tak macam melayu ada segelintir kata bukan islam. Kita tahu ke?
Tetiba orang tu mualaf, saudara kita sendiri pun kita tak sokong.

Kekadang ada setengah tu fikir sampai jauh melencong berak/kencing tak cebok? (sah-sah kalau orang tu dah masuk kitchen dia kena basuh dan bersih, silap bulan dia pun kena saman sebab sediakan makanan kotor)

Lepas tu jauh melencong lagi, kalau orang tu pegang babi ke pegang anjing ke ? ( Macam melayu juga tak semua suka kucing dan tak semua bela kucing, sama juga untuk mereka yang bukan islam )

Was-was itu bagus. Tapi bila dah berburuk sangka pun dah buruk jadi.

Sebab tu setiap kali makan Allah dah hadiahkan doa makan untuk kita " Allahuma Bariqlaqna Fima razaqkana wakina azabana" Bila tekak kita boleh telan, insayallah boleh telan. Kalau tetiba loya ke makanan tertumpah ke tak masuk mulut... ha... tu bukan rezeki kita.


TIDAK ada larangan kepada orang islam untuk makan makanan yang DIMASAK oleh orang bukan Islam.
Asalkan makanan yang dimasak adalah HALAL dan bukan daripada benda yang TAK HALAL.
Ini nyonya masak mee kari pakai sayur sawi pun korang kata tak halal ???????unless lah kalau nyonya tu masak mee kari daging babi. Itu dah sah haram.

Jika korang menganggap apa jua yang disentuh oleh orang bukan Islam tu HARAM, maka silaplah korang berkenaan dengan hukum boleh check sini , sebenarnya banyak lagi contoh. tapi aku ambik daripada link ni.
Islam tu mudah jangan jadikan dia complicated. Daripada pemikiran inilah menyebabkan saudara bukan islam takut nak peluk islam. Sebab nak makan tu susah pemikirannya betul tak ?

Janganlah satu hari korang dah selalu makan kat kedai nyonya tu tetiba nampak dia pegang anjing. Atau dia pernah bercerita dia pegang anjing. Berhentilah makan. Itu barulah layak.Jangan nak ceduk je masuk dalam perut.

Kita boleh makan makanan masakan orang yang bukan islam, selagi kandungan masakan adalah halal.
SENTUHAN ORANG BUKAN ISLAM BUKAN NAJIS. Kita cuma berbeza daripada aqidah sahaja.


Meningkat dan Meningkat #alhamdulilah




Terima kasih kepada nuffnang dan churp-churp , kerana memberi kepada kepercayaan untuk sertai event-event yang chill. Ticket free dan event yang cool (p/s : tempat makan best). .Buffering semakin lama semakin bertambah.Mata pun terkelip-kelip dengan bertambah $, takpelah simpan untuk hari tua . Dapat tips penuh dan aku stalker daripada abg jocko, abang ben.adik lysa dan blogger-blogger lain.

p/s : Abang ben kata, kena rajin dan sabar. Nawaitu tu penting apa sebenarnya motif blog ni.

Nak ketawa ke tak ?

Nak ketawa ke tak ? bila orang yang buat kita ,karma memakan diri orang tersebut. Tapi orang yang selalu buat orang ni tak sedar diri dan menyalahkan kesalahan orang lain. Justeru itu, pengajaran untuk kita juga, janga buat orang. balasan mungkin berganda. Mungkin kekadang kita nampak balasan karma tu dekat orang tu, tapi kita pun takut nak buat orang. Tapi masalah orang yang suka buat orang ni... masih-masih tak sedar diri... kerja nak memanggil orang kata-kata kesat. (sebab itu mungkin karma dah makan diri dia)  * Ini secara general dan umum untuk tatapan kita bersama #renungan*

Tuesday, 11 December 2012

Malware tu datang serang lagi!!!


ehehm.... Encik Malware tu datang lagilah... untuk tidak mengambil sebarang risiko dengan contain yang ada dalam blog aku. Jadi dengan itu aku telah menyahkan HTML berkaitan dengan nuffnangx dalam blog aku sementara waktu. Kalau tak jemu nak menukar semula aku punya layout..... lari semua setting. Sehingga selamat diberitahu......