Wednesday, 27 February 2013

Tutorial : Tracker Traffic Feed



Lama betul tak buat tutorial. OK. Nak share tutorial kali ini adalah tracker

Kebaikan tracker 
Traffic feed membenarkan  anda melihat rerakan atau siapa yang pernah lawat page website anda seperti blog(Kebanyakan traker adalah berbayar , jadi bayar lebih lagi banyak benefit traker yang anda boleh jejak)



Setakat ini MK pakai traker Feedjit sebab dia berdasarkan real-time,maksudnya dia 97% tepat dan tak pernah delay.. memula pergi ke link:




Bila dah masuk web page dia ... sign in atau pun register



Lepas tu pilih mana plan anda nak. Untuk Free trail pun boleh. Kalau nak up sikit boleh buat monthly payment.


Lepas tu korang dah boleh start customize korang punya tracker.Benda yang MK highlight dengan garisan merah. Sambil dia bantu dengan grafik disebelah dia. Lepas dah siap dan puas hati.



Pergi Skrol dekat bawah  dan klik dekat go!, pastikan korang dah login kepada website korang siap-siap




Klik pada klik to open a new window and Install on Blogger



Lepas tu korang dah masuk bahagian widget korang nak maintain name ke tukar nama widget korang.. suka hati korang. Website korang. Ada orang lain kisah? Lepas dah puas hati Klik-> add widget

Lepas tu bila dah masuk layout, lagi sekali suka hati korang nak ubahkan kedudukan tracker korang lepas tu klik->save layout/template....tadaaaaa siap!









Tuesday, 26 February 2013

Latest Nuffnang : Nuffnangers who recently view your blog




Rasanya semua nuffies dah perasaan benda ni. 
MK rasa dalam lebih kurang seminggu.
Tapi disebabkan terikat MK 
tak sempat nak upload kisah ini.

Kita dah boleh tahu nuffies 
( orang yang ada account nuffnang ) yang melawat blog kita. 
Pada masa yang sama kita boleh berblogwalking di page mereka 
untuk menambah kenalan. 
Klik sahaja ikon zaas...... 
boleh terus masuk page mereka.

Dulu cirian ini memang tiada. 
Dalam minggu ni ada juga icon-icon yang masuk 
yang MK badget tak masuk baca
 ...terkejut MK.
Patutlah berkias-kias dekat dalam twitter.
Baca MK punya blog ek haterz ?
*sengih* Lupa nak update dekat haterz ni

... terima kasih tau MK punya point tambah lagi. 


ok. Lupa cerita pasal haterz. MK appreciate cirian terbaru nuffnang, jadi MK pun boleh melawat lagi
blog-blog yang lagi otai yang boleh MK jadikan idola.
Seperti screenshot diatas ni, yang ni pun otai-otai, dah tulis blog 3-5 tahun... fuyooh... nice to meet you guys. MK akan berblog walking sekarang...zasssssss

*peace*

Sunday, 24 February 2013

Top 10 Best Hotel dekat KL



Berdasarkan daripada senarai survey  http://www.kl-hotel.com



Cititel Mid Valley - Hanya kerana view spot yang cantik terletak di pertengahan kawasan petaling jaya, bangsar dan berdekatan dengan main road - lebuhraya persekutuan. Lagipun kawasan startegik sebab memang sebelah mid valley. Menjadikan pilihan utama pengunjung ( seriously  aku pernah duduk hotel ni... mmm interior dia biasa-biasa sahaja  ) Sempadan dengan duit poket dan mampu untuk semua orang.




Sunway Resort Hotel & Spa - Mungkin dijadikan salah satu destinasi yang mudah untuk pengunjung antara sebab utama seperti biasa bersebelah dengan shopping mall sunway pyramid  dan juga berhampiran dengan taman tema air sunway lagoon. Hotel ni pun MK pernah duduk masa tu krismas papa belanja interior dia memang jadi. Rasa macam mewah duduk dekat situ...tapi jangan pergi masa pack sebab satu malam papa belanja untuk satu bilik RM600++, lepas tu room service makanan dia...uweek.... rela makan kedai mamak dekat depan mcdonald tu. Buffet makan dia superb!



Hotel Capitol - Menjadi pilihan pengujung sebab terletak di kawasan yang startegik di hati warganegara kl...kl...yeah kl... terletak di bukit bintang. Sama juga alasan dia sebab dekat dengan sungai wang, bintang plaza dan low yat. Agaknya dah penat-penat shopping boleh check in. ( MK tak pernah jejak kaki lagi no komen)




Fahrenheit Suite - hotel ini menjadi tumpuan sebab kiri kanan depan dan belakang berhampiran dengan kawansan havoc. ( No komen sebab tak pernah try, mungkin one day)




Swiss Garden Hotel - tak heran kenapa menjadi pilihan pengunjung sebab PR staff yang terbaik ( tak tahu sekarang macam mana) sebab dulu MK selalu lepak sini dengan member-member. Layan gig atau konsert lepas tu share reramai check-in kat hotel ni buat selamba party. wot wot wot



Hotel Sentral - Tak pernah duduk, tapi member MK dari sarawak suka duduk sini kalau datang melawat di KL sebab yang ni easy access. Kalau malas nak ambil dia, dia boleh naik lrt lepas tu MK akan pick up dia kat mana-mana




Boulevard Hotel - bla bla bla bla.... sebab berhampiran dengan mid valey. MK rasa biasa je hotel ni 
hasil daripada komen family BF MK dan member-member yang pernah check in dekat situ




Impiana Hotel - MK tak tahu kenapa rangking dia jatuh ke nombor 8, sebab MK rasa so far impiana hotel dia best cuma agaknya bilik dia macam rasa dekat office. MK selalu lepak sini masa belajar dengan Alia dan suraya. Sebab dorang rajin check -in dekat sini. Buffet breakfeast dia... terbaik.. sebab banyak pastry...walaweh heave. Bilik air dia pun cantik.


Melia Hotel - berada di bukit bintang.Macam biasa senang nak pergi mana -mana kat situ semua ada.( MK tak pernah check in lagi, setakat lalu lepak minum tunggu hujan reda lepas tu sambung jalan balik )




Corus Hotel- berdekatan dengan KLCC cuma kena jalan sikit yang penting dekat dengan lrt. Mungkin kerana sebab hotel ni ada sediakan shuttle bas bagi pelanggannya . Mungkin survey menang disitu ( Yang ni pun MK tak pernah check in lagi)









Friday, 22 February 2013

Tickling My tastebuds : One Of The Best Chocolate Eclair







I have thinking about eclair lately and wondering who might sell the best chocolate eclair in the kuala lumpur area.An excellent place for chocolate eclairs in the setiwangsa area is Kafe Pastel, where I got some recently. Located at Lot 7-G/2, Jalan 9A/55, Taman Setiawangsa . KL






How do i define the perfect eclair ? The outside layer is a classic French pate a choux dough,it should be dry but tender on the outside and when you eat it would melt in your mouth. The filling is classic French Creme patissiere( pastry cream). Rich and flavored with original vanilla. There should be plenty of pastry cream, no place to scrimp. It should be topped with chocolate icing in a very thin layer so as not overwhelm the milder flavours of the other components.

Size and prize it doesn't  matter.Although Idid Dfound  small eclair and sold with ridiculousy price... as long I can feel it so melting and blend with my buds perfectly and it is definitely priceless! walah!

Thursday, 21 February 2013

Tercekik tulang ikan



Tulang ikan


Maklumlah aku kan tengah berhadapan 
dengan pertumbuhan gigi bongsu 
rasanya semua orang tahu macam mana rasanya. 
Maksudnya kalau gigi bongsu nak tumbuh 
Aku ni masih boleh membesarkan.
*bahahahahaha*
Patutlah badan asyik nak membesar.
Bila adik bongsu nak menumbuh 
lalu selera makan tu "swing-swing" 
sebab gusi aku dekat belakang 
ni berdenyut-denyut.
Jadi aku hanya mampu
makan benda yang lembut-lembut je 


Dipendek cerita hari ini 
hari tu aku lapar gila
jadi makan gelojoh kot,
dengan tak baca doa makan 
 atau sebab mungkin tidak dapat 
mengunyah secara betul. 
Satu tulang sebesar jari kelinking 
tertusuk baik punya dekat daging tekak 

( berhampiran dengan anak tekak)
(... darah terpercik-percik keluar)

Dah makan movie horror pula
bila pergi kat sinki
ada darah mengalir


(Gambar ini sebagai contoh sahaja)

Muka aku dah pucat 
sebab oksigen tak boleh masuk dengan betul. 
Aku dah kemam nasi tak jalan, 
Kemam roti tak jalan, 
Aku pergilah hantar email dekat boss
" ... boss hantar saya pergi klinik"
 lepas tu beri bahasa isyarat orang OKU.
Isyarat leher tercekik

Aku minta tolong boss 
Suruh dia bawa aku jumpa doktor gigi,
sampai klinik Aku pun memberi bahasa isyarat 
"Nak jumpa doktor urgent".
Doktor siap pakai lampu  OT 
keluarkan tulang ikan tu.
I wish I can selca myself the picture. 
uhuhuh gila... d
ah tercekik lagi nak SELCA SELCA... 
ko ingat ko cantik ??????
POP!!!!! 
kena bayar RM50 doktor pun cakap,
 benda ni memang kena jumpa doktor
 tak boleh pakai tangan.
Sebab tulang ikan yang sebesar jari keliking 
tu betul-betul tersangkut dekat tekak
 ok...husss panic kejap!
Aku terasa masa tu nyawa dekat
hujung tanduk je




Video pendek dengan Lisa Surihani Sponser dari Nuffnang dan DiGi Part 2






 Ingat lagi ruangan MK pada laman page ini, MK menanti-nantikan video ini keluar.
Akhirnya dah keluar semua! bidang produksi bukan bidang yang mudah dan enteng. 
Terima kasih Melaka boy kerana berjaya menghasilkan video pendek ini dan MK akan kutip pengalamannya terutamnya bersama Lisa Surihani. Dan member MK, yumi @ kak nam sebenarnya beliau ni  kreatif dan patut ambik bidang site-site nie ehehehehehe.

oklah jom tengok rerakan blogger MK dan MK di video ini



Terima kasih nuffnang dan digi!

Tayangan Perdana : Beautiful Creatures


Terima kasih kepada nuffnang untuk tayangan perdana pada malam ini 20/2/13  tajaan untuk Movie : Beautiful Creature. MK terlebih emosi sedikit untuk cerita ini sebab MK pernah baca novel dia lebih kurang  pada tahun 2009 tak silap. Memula baca novel tu  MK mendalami sikit. Tapi lepas Kombinasi melihat cerita dia dekat cinema KEBOOOOMMMM!!!!!!

Ini antara cinta agung yang menjadi pujaan pada MK, secara jujurnya movie ini memang mengikut 98% novel dia yang diringkaskan dengan cara yang terbaik.  Ini lebih menekan kepada pergorbanan. (Jangan risau cerita ini bukannya pasal babak romantika seperti twilight sangat.)



Di mana cerita ini berkisar berkenaan dengan puak caster (lebih kurang macam ahli sihir) , di mana bagi gadis yang menjelang umur 16 tahun mereka harus mengungkai kuasa mereka dan hak perlepasan kuasa sama ada menjadi Caster Jahat( Dark) atau Caster Baik(Light). 

Dikhabarkan Lena bakal mempunyai kuasa caster yang terkuat dikalangan puak mereka. Jadi ada kuasa-kuasa jahat ingin menghasuti Lena supaya menjadi jahat. 
Di mana telah ditakdirkan Lena dan Ethan berjumpa dan bercinta.
Cuma masalahnya Ethan hanyalah manusia biasa di dalam dunia manusia.
Jadi bila mereka dah jatuh cinta, Ethan boleh digunakan sebagai umpan untuk memanupulasikan 
Lena.


Kalau sesiapa yang suka sastera kata , akan dapati cerita ini agak menyayatkan hati. ( touching)
  1. Melibat pengorbanan dan kasih sayang. Beautiful Creatures memberi seimbang kepada pengorbanan kasih sayang kekasih dan keluarga
  2. Menjelaskan definasi maksud cinta sejati = tak semestinya kita cinta orang tu kita kena bersama, janji dia selamat dan bahagia , itu cinta sejati mahupun kekasih atau pun keluarga
  3. Pengalaman, belajarlah jadi jahat dan belajar lah jadi baik, balance... kalau jahat cepat mati, kalau baik sangat akan kena pijak
  4. Fikiran orang orthodoks melemaskan, kesimpulan ada kuasa kuat pun kalau lawan dengan orang orthodoks ini merugikan. Dah sah-sah dorang ni  tak bertamadun

Bila korang dah tonton baru korang faham kot kenapa MK tulis macam ni.



Dan ciri-ciri kekasih MK nak pun ada kat mamat Ethan ni. Tu yang tangkap leleh/menangis:-
  1. Tak pernah mengalah
  2. walaupun perhubungan pasang dan surut tak pernah jemu membetul pasangan jika pasangan itu salah
  3. Tidak pernah tinggal kekasih di dalam kesusahan dan cuba berikan semangat
  4. Tak pernah gentar walaupun dia manusia biasa tak mempunyai kuasa




#Premier
#Nuffnang
#Mesti Tonton


Wednesday, 20 February 2013

Jemputan Wayang : Flight


Jemputan wayang perdana daripada nuffnang semalam 19/2/13.
Di mana pelakon dalam cerita ini adalah Denzel Washington . Mengisahkan cerita berkenaann juruterbang yang handal.

Di mana beliau berjaya mendaratkan kapal terbang selepas kapal terbang mereka di dapati rosak pada keadaan setinggi awan.Dan cara menurunkan kapal terbang dengan cara terbalikkan kapal terbang. Beliau berjaya mendaratkan tetapi daripada 102 penumpang hanya 6 yang mati.




Tapi disebabkan ada kematian, seseorang harus dipersalahkan (itu normal) dan seharusnya siapa yang bawa kapal terbang tu kena di salahkan. Yang pasti Denzel yang kena. Segala zarah kesalahan Denzel dikupas. Akhirnya dan rupanya beliau adalah seorang akoholik yang tegar.





Part best kebanyakan permulaan cerita sebab titik lonjak  cerita terus menaik mendadak dimana Denzel memandu kapal terbang tu terbalik. Dan anda pun ikut rasa terbalik sekali.

"ini sebab MK tak mahu naik kapal terbang" lagi seriau tengok cerita ni.


#Terima kasih Nuffnang.

Sunday, 17 February 2013

Maid Baling anak kita




Sejenak berkongsi link ini. Rasanya tontonan ini dah basi. Sedang berleluasa bermain di Facebook dan TV3
Cuba banyakkan betapa naik lemaknya mereka tuntut RM1K untuk gaji. Dan kerja cuba satu bidang maksudnya kalau jaga anak, khas untuk anak sahaja, tak boleh kemas rumah.

Memang lah semua pembantu rumah tak sama. Tapi sebabkan setitik nila rosak satu belanga.
Ini memang membuatkan kita semua hangin!

Saturday, 16 February 2013

Nuffnang 6th Birthday Bash!







Talking about celebrating a birthday, everyone will feel excited about this "born day". This is because our experience show that increase with age. Plus our mood on that day was a freak like something blew us to continues our own journey with full of passion.

Time ticking  and passed quickly and now Nuffnang will celebrate their 6th birthday bash. There will be lot of cheerfulness of activities with theme : Red ,blue,yellow,pink or green...oppss don't forget to bring you funkies headphone too! ( Food is yummy and HALAL no worries)


Synonymous with the party, The world will not turn lively without music and song. Is it ?
And do not be put-off, if your favorite song play in the air, our heart will beat follow the tempo and our feet started to jump up and dance . I experienced it * smile*


During the party I hope my favorite songs will appear according to theme and each of us definitely have our own favorites song.


The list
If you want to heard the list song you may click from this link
and
(I want the DJ to play my playlist during Nuffnang’s 6th Birthday Bash!)


One of the opening song that I would like to hear from 50 cent - In da Club (album Get Rich Or Die Tryin) This beats can make our heads sway and the lyrics dedicated  : go,go,go,go,go shawty it's your birthday





Then we warm up the atmosphere with song from our beloved diva J LO and Feat with Pitbull -On the floor






And don't forget also new song from our controversy queen , Britney spears feat with Will.i.am.Even we heard lot of wild rumor about her, frankly this song is so damn good to dance.Songs  "Scream & shout" from their single hit  album



And for song that must must ...must be in the party is from Eve with title Got what you need (Album Scorpion) Although this song from year 2001 but this epic song actual futuristic song that can boost up 
our energy level 





One of the closing song fit is I will Survive from Gloria Gaynor(Chico & the Gypsies) This is not a song for the broken heart but the lyrics are full of meaning that we can say a spirit song furthermore we all can  sing along together and I bet when this song played many of us will commemorate the party. Some how it will inspired us more to blogging in future.



Kching...kching...kchingg...Let start the party  !  last and not less.... I would like to shout out early " happy birthday nuffnag ,may this year will cherish you more!"


p/s : NN stickman please play my Favorite song... please please (buat mata bulat yang comel)





Friday, 15 February 2013

Isyarat kucing Melalui Ekor



kepada pencinta kucing, selain daripada kucing "meow" untuk berkomunikasi mereka juga memberi isyarat melalui ekor. Jadi kekadang tu anda dapat membaca pegerakan mereka.

Meow meow meow

Gigi bongsu

Mmmm........kena mini operation.Good luck! Kepada sesiapa yang sedang menghadapinya

Cabaran bawa Mama Pergi Umrah

Pagi tadi buka mata nawaitu
dah terpasang nak bawa mama
 selesaikan apa yang patut untuk perjalanan mama ke rumah Allah.

Tetiba teringat mama cerita umrah tak semudah dulu
. Kalau kita sebut ummrah orang terbayang-bayang makan angin.
 Tak silap apa yang mama bagitahu bermula 2013 ,
 kanak-kanak yang berumur 12 orang sahaja dibenarkan buat umrah dari malaysia
 bawah daripada itu tidak dibenarkan.
Mana -mana perempuan yang sudah atau masih lagi didatangi haid
tidak boleh menunaikan umrah tanpa muhrim.

 Maksudnya kena ditemani muhrim atau mahram lelakinya.
Kalau macam dulu boleh main sauk janji ikut rombongan.
MK memang tak selalu punctual dengan mama,
kekadang mesti terlejak perjalanan nak ambil mama untuk buat passport
hari ini berjalan lancar seperti ada malaikat yang bantu.

Jalan jem tetiba lorong kereta bahagian kami semua kereta bergerak ke tepi,
 jadi apalagi MK pecut sampai lebih kurang 15 minit....
sampai-sampai pusat imagrasen ,parking kereta semua penuh,
Mk suruh mama masuk dulu ambil nombor pendaftaran,
Mk pusing satu kali jalan tetiba jumpa parking kosong betul-betul depan tangga masuk.

Lepas tu mama pun dapat angka giliran yang ke 5559,
tetiba satu nenek tua baju putih tegur mama, mama salam dia ,dia beri dekat mama angka giliran 1200 sambil tersenyum kata makcik salah ambil nombor nak...
Kami berpadang antara satu sama lain kagum,
hairan dan lafaz kesyukuran,

 lepas tu dengan serayanya mama cakap.
Insayallah ada rezeki mama nak bawa MK pergi haji dengan dia.
Mk terkedu....
Semuanya nawaitu.

Typo typo



Bezanya MK punya blog dengan blogger lain adalah typo MK yang menebal... hai typo typo... menjadi-jadi. Bila MK blogwalking kepada pioner yang MK follow. MK *malu* , tapi kita perbaiki mana yang lemah.( Rasa kudut sangat dengan blogger MK kenal) Lagi pun MK terlalu sibuk cuba bahagi waktu blogging dan belajar. Lain betul rasanya bila sambung belajar time dah kerja ni. uhuhuhuhu. Jika ada sesiapa yang sudi baiki typo MK dialu-alukan

Al- Fatihah Untuk Abang Jejai


(diambil daripada page broframestone.com)



Masih tidak terlewat untuk MK mengucapkan takziah  kepada keluarga abang jejai pada pemergian beliau

tanggal 12 Feb 2012, secara jujurnya MK cumalah salah satu silent reader kepada web page arwah. Satu

ketika  MK    pun tertanya kepada laman web abang jejai tetiba macam senyap. Hinggalah satu ketika MK

terbaca artikel

ini yang ditulis oleh abang broframestone.( kecik dunia blogger ni)  Barulah MK tahu kisahnya, MK tak

kenal rapat dengan abang

jejai. Tapi macam kak ayu kata jika orang yang baik ( hati mulia ) tiada, kita yang tak rapat ni pun boleh rasa

 pemergiannya.


Lagi sekali MK hadiahkan sepotong al -fatihah kepada arwah , jika sesiapa ada terlangkah page MK dan

terbaca artikel ini marilah kita sama-sama menghadiahkan beliau al fatihah dan kepada bukan muslim boleh

bertakafur kepada beliau.

Terima kasih Broframestone dan Kifli( Si Budak Jambu) sebab benarkan MK ambil gambar daripada page

korang.


p/s : hanya blogger dapat memahami hati blogger yang lain.

(diambil daripada page http://www.kiflimally.com/ )

Thursday, 14 February 2013

Jemputan ke tayangan perdana


Jemputan ke Cloud Atlas

Jemputan ke Flight



TGV Signature One Utama


Mk dapat 2 jemputan ke tayangan perdana dekat signature tgv one utama, nanti Mk dapat jumpa blogger otai kat sana. Boleh bertukar idea, blogger otai percakapan mereka lebih berisi dan terasa MK ni kudut sangat jumpa mereka. Memang lainlah aura mereka bercakap inikan bertulis. Terima kasih nuffnang.
Mk akan sentiasa check spam, takut jemputan email tu termasuk dekat situ.

Max Factor di Malaysia ?




MK nak promote Max factor . Sebab MK rasa setakat ni max factor berjaya membuatkan makeup tu kekal    kulit MK. Masa setahun lepas guna Max Factor, mula-mula MK pun ragu-ragu juga sebab tak pernah dengar. Ingatkan brand cikai-cikai. ( MK pun malas nak baca news masa tu)

Max factor baru dibawa masuk ke Malaysia dua tahun lepas, sebab tu ada di antaranya masih lagi tak tahu apa itu max factor. Kita asyik dengan benefit,MAC, bodyshop,boby brown dan sebagainya. Percayalah kesemua MK pernah guna tak dapat setanding dengan Max factor. Akhirnya selepas jumpa max factor. Terus MK melekat.

Kalau kita pergi oversea, Max factor lah brand yang tip top. By the way semua make up yang kita pakai ini semua sebenarnya berasal daripada max factor. Max factor adalah pioner segala make up brand yang ada sekarang. 

Bermula tahun 1904, Max factor dikenalkan dikalangan pelakon hollywood. Sebab asal-usulnya max factor hanyalah untuk make up pementasan lakonan. Disebabkan warna yang cantik , maka ramai yang telah francais make up max factor ke atas brand nama yang berlainan dan packaging yang cantik.
MK pun agree kalau semua bertukar kepada max factor, sebab orginal make up berasal di situ. Kalau brand lain harap je mahal, tapi pakai 5 jam dah cair.

Dengan harga RM230, MK boleh beli set dibawah dan set-set ni boleh bertahan dengan lamanya. 



Miracle Touch , pakai sikit dah cover semua jenis macam ni sesuai untuk kulit berminyak , kalau beli satu je harga dia  RM72

eye shadow merankap bronzer, (RM?) 




Creamy Blush- Miracle touch, packaging dia simple tapi warna dia boleh bertahan. Cuma warna dia limited untuk orang berkulit putih harga RM38, cantik bila calit pakai tangan

Ni gloss tapi effect dia macam gincu dan tahan. Nama dia lipfinity.. (RM?)

Pencil liner tapi effect dia macam liqiud ..magic! tak silap RM38


Best Lash product untuk last bagi majalah CLEO 2012, yup seriously best sebab nampak natarul kalau tak silap harga range price RM66




MK cadangkan pergi ke parkson dekat Festival Mall yang dekat Danau kota tu sebab Beauty expert dia tak sombong dan layan kita tanpa jemu.

Happy Valentine's Day





Rasanya ramai dah arif dan bijak pandai. Hari valentine adalah hari memperingati Penjuang Kristian Purba yang bernama Santo Valentine yang diperkenalkan oleh Paus (Seorang ketua kerja krstian ) yang bernama Gelasius 1. MK tak sambut sebab MK orang islam tapi MK menghormati agama lain juga.Kalau ada orang wish , MK senyum balik kepada penyampai.



Sebab MK teringat zaman MK semasa sekolah. Macam-macam dapat sempena valentine. Tapi kebetulan usztazah MK lalu sebelah MK, dia terus menangis sebab dia sedih tengok MK sambut. MK pun bijak pandai berhujah, beritahu kepada ustazah ini semua bergantung kepada niat,sebab MK telah samakan perayaan yang lain. Lalu dengan sebak ustazah MK  pun membaca potongan hadis (minta maaf MK dah lupa) lalu beliau pun berkata setiap perayaan meraikan hari tertentu dan kena tahu serba sedikit mengenainya. Ustazah MK tak kata banyak cuma bercerita berkenaan dengan sejarah dan MK duduk diam.

Semenjak kena tegur, semenjak tu MK tak sambut walaupun MK melawan kata-kata ustazah dengan biadap. Terima kasih Ustazah