Saturday, 30 August 2014

Doodle Shoes by ayinkhan

Assalam and Hello lovelies!

Nak pakai kasut canvas yang rare? These shoes are super easy and are definitely an attention grabger. I meet up kak ayin at one of charity event, dia adalah kawan kepada kawan saya pada masa itu. Kemudian telah memperkenalkan saya kepada kasut doodle ini. Agak menarik jadi saya telah meminta dia untuk melakarkan corak butterfly yang merupakan salah satu binatang kegemaran saya.
Harga yang berpatutan dengan RM60 sepasang. Dan pemilihan bentuk kasut turut ada dengan pelbagai saiz.


p/s : Dah kena hujan pun, warna tak luntur. Siap basuh lagi warna still ada.

This is my shoes



Tadaaa!!!

If you want to contact her and intrested to have a pair of doodle shoes you may contact via her instagram which her ID is ayinkhan (open to public)

Monday, 18 August 2014

Bulgogi Brother - Korean BBQ Restaurant



Makan-Makan Korea Di Bulgogi Brothers Cawangan Bulgogi |Bulgogi Brother - Korean BBQ Restaurant

Prologue : Sedap ke tidak makan dekat Bulgogi Brothers ni ? membuat aku tertanya-tanya. Terkapai-kapai tapi lepas first time makan dekat Myeong Dong, Tropicana club golf (link) Membuatkan keterujaan aku untuk terus mendalami korean cuisine


Masa tu mood raya lagi, tidak silap aku dah masuk hari raya ketiga. Maklumlah aku beraya di KL, 2 hari lepas dah melantak segala lontong,lemang , ketupat etc menjadikan hari ketiga tu aku dah jemu sedikit dengan masakan lauk-pauk hari raya.


Muka aku yang meluap-luap nak makan Bulgogi Brothers
Kaki berderu memasuki mall Pavillion lantas menekan lif ke tingkat 6 menuju ke arah Bulgogi Brothers tetiba teringat artikel Abang nara (link) membuatkan aku meluap-luap nak makan Bulgogi Brothers di Pavillion ni.




Mata pun mencari menu-menu yang sesuai. Tapi kalau korang nak survey menu Bulgogi Brothers boleh singgah ke website Bulgogi Brothers sendiri (links) . Aku dan partner aku sepakat untuk order menu Beef Plater dalam bahasa korea dia "Kkotdeungsim Modum" dalam tu ada daging daripada bahagian tulang rusuk, bahagian empuk tulang rusuk yang dah dibuang tulang dan bahagian dada lembu....Entahlah aku siap google bahagian-bahagian ni. Bagi aku daging lembu is daging lembu tak ada bezanya unless kita makan ayam. Ya ndak ?



Kami order satu menu sahaja sebab untuk BBQ Korea makanan akan dihidangankan complimentary welcome food dan side dish. Tak perlu order banyak-banyak. Tapi hakikatnya cuma 300gram berat daging dengan harga RM82.90... "krik krik krik" bunyi cengkering. Ok back to "welcome food" and side dish dia akan hidangkan salah satunya adalah Kimchi (oh my oh my...aku sangat suka benda ni ok)



Kimchi ----> ini aku suka makan dan ratah


Welcome food


perasa tambahan kalau nak letak




Soup of the day
Banyakkan ? ok kita ulang balik welcome food : stim jagung,keledek dan kacang peas lepas tu side dish dia : soup of the day, kangkung jeruk, kimchi, akar teratai etc banyak...total welcome food dan side dish adalah dalam 6 mangkuk kecil. So nasihat aku...you need bigger table. BTW.... side dish is refillable .Tambahlah berapa kali korang nak selagi mampu boleh penuhkan ruang dalam perut tu.





Lepas tu daging platter aku sampai, dan daging ni bukan kita yang masak. Staff akan masak kita pula menonton macam menonton TV. Tengok staff tu masakan untuk kita. Nasihat aku kalau makan bulgogi brothers dekat Pavillion ni...suruh dia buat well done cook...kalau tak separa masak daging korang tu.


Untuk menambakan variety rasa daging korang, korang boleh makan dengan bungkuskan daging korang dalam salad. Macam ni :

Cara makan BBQ Korean, Bentangkan daun salad atas tapak tangan lepas tu letak daging dan dengan kretifnya campurkan dengan side dish

Lepas tu gulung molek-molek...masuk dalam mulut dan kunyah.





This is my happy tummy face. bahahahahaha!!!!.. sedap ke tidak makan Bulgogi Brothers ? From my honestly answer...biar mahal janji sedap. Bulgogi tidak boleh compare dengan Myeong Dong BBQ Restaurant. Mungkin Myeong Dong staffnya terdiri daripada pekerja Korean sendiri. Harga Myeong Dong jauh lebih berbaloi daripada Bulgogi Brothers. Side dish Myeong Dong jauh lebih banyak dan variety. Tak percaya singgah review konah dekat sini (link)


Lot No. : Lot 6.01.03
Tel. : 03-2141 9620
Website : www.bulgogibros.com.my / fb.com.bulgogibrosmy

Friday, 15 August 2014

Beraya Di KL



Prologue :Selamat hari raya 2014 ! dan salam lebaran. Tahun 2014 adalah tahun yang sangat padat untuk aku menjalankan apa-apa aktiviti, terutama dalam perjalanan untuk memasuki fasa menyiapkan thesis . Kalau ada rezeki untuk lanjutkan PHD lepas ni, aku nak buat full time study, serious....penat dan mencabar. Walaupun menyambut lembaran ini aku cuti. Percaya tak dalam seminggu cuti ini aku dah start writing proposal untuk thesis Master.

Mesti korang tertanya-tanya orang duduk Kl sambut hari raya macam mana ? Kampung aku dekat JB, tapi parents aku ada di KL sebab adik aku si Aina tu pun lahir dekat KL. Rasanya adalah dalam 2 tahun tak pulang kampung halaman lepas aku continue master aku. Memang reserve cuti untuk study. Mama pun tak akan kasi aku tinggal seorang kat KL sebab takut aku buat party buih kat rumah bahahahahahaha bahahahahahahah. Raya kawasan rumah aku memang sunyi, semestinya mak tak akan lepas anak perempuan dia duduk seorang walaupun dah besar panjang.

Sambutan KL dengan Kampung lebih kurang sama, cuma beza situasi dan suasana sambutan. Kalau di JB, tak dapat dinafikan suasana meriah  dapat berjumpa dengan saudara. Lagipun family aku jenis yang baik dengan cousin-cousin terutamanya yang dibesarkan sama-sama. Pengubat rindu aku adalah whastupp group cousin, dapatlah tengok dorang posing gambar. Penyakit semua sama...suka ambil gambar. (Nowdays kelebihan whatsup/ social networking boleh buat group, aku adah group family, cousin sahaja, group budak matrikulasi dan uni, group study master, group blogging ,group budak sekolah ,group budak zumba dan group geng futsall...fuhhhh aktif  betul notification telefon aku)


Malam sebelum raya


malam raya, jalan di Kl agak lenggang kecuali jalan yang berdekatan jalan TAR dan jalan MRR2 atau jalan yang ada jual lemang
 Kalau selalu di kampung , sama ada korang OTW balik kampung (selamat menempuhi jem) dan sedang menolong siapan raya. Malam berbuka terakhir itu, aku sibuk shopping last minute dan bergerak daripada satu mall ke satu mall dengan mudah. Tak dapat dinafikan agak lenggang daripada kelompok homo sapiens dan discount yang melampau-lampau.






Tak tolong mama di dapur ? malam sebelum raya, dapur tu memang tak boleh aku nak kacau. Kalau masuk juga confirm gaduh. So tugas aku cumalah mengemas rumah yang memang dah start 2 minggu awal. Kalau malam raya korang sibuk nak masak lemang dan ketupat. Tapi mostly orang KL akan mencari lemang. Aku rasa memang tradisi warga orang KL yang sambut raya di KL akan memenuhi jalan MRR2 dekat area side Lemang Pak Ali tu kerana kiri kanan sepanjang jalan terdapat makan tradisional raya seperti lemang,ketupat, lontong, ketupat palas etc.

p/s: prestasi lemang Pak Ali makin lama makin merosot...keras kadang-kadang tak masak. Sorry to say this. Since 2 tahun berturut-turut makan lemang tak masak. Finally aku beli je lemang dekat area Taman tenaga depat masjid tu. Better.



Siang Raya

Lepas dah settel doa selamat, papa balik daripada sembahyang raya serta dah salam dengan mama dan papa.  Lepas tu kami merayau-rayau,apa lagi kalau tak masuk mall. Kadang-kadang kami menjamu selera di hotel. Sebab masa tu sahaja yang lenggang beb. Raya di KL, jangan risau mall akan buka. Ada tu half day, by 12PM akan buka. Namun begitu tak adalah lenggang mana mall, sebab masa tu kita akan bertembung dengan non-bumiputra. Ramai non bumiputra daripada daerah lain akan turun di KL sebab masa tu penghuni KL mostly balik Kampung.



Tak dapat dinafikan tahun ni raya 2014, ramai yang sudah settel down untuk raya di KL berbanding tahun-tahun lepas. Dulu rasanya boleh kira berapa ramai orang melayu di KL masa aku jalan-jalan . Pendek kata jalan dekat Lot 10 tu boleh baring dan buat lompat bintang tengah jalan. Tak adalah sunyi mana KL tahun ini .Tambahan dulu 2 minggu macam tak ada kenderaan sekarang 3 hari lepas raya, KL dah kembali sesak.Salah satu bestnya masa raya di KL, kita boleh pergi destinasi dituju dalam masa 5-10 minit berbanding 1-1 jam setengah kerana menghadap kesesakan lalu lintas.



Ziarah Keluarga


Aktivti wajib untuk melawat aunty,uncel dan cousin yang beraya di KL. Nasib baik ada pengubat rindu aku di Kota (nama kampung belah papa). Sebab aku banyak dibesarkan belah sana , dapatlah rasa masakan resipi arwah tok nab dan tok bah. Rindu beb...beberapa tahun tak jejakkan kaki di Kota, kekadang rasa tersisih. Sib baik ada family Uncle An, pengubat rindu kepada Tok Bah.



Reunion 

Masa yang aku tunggu-tunggu adalah reunion budak sekolah dengan budak matrikulasi/Uni. Masa nilah boleh tatapan muka habis-habis kalau tak semua bergossip dan ber"connected" melalui dunia maya je. Mostly masing-masing "dah ada handbge mahal" dan tanggungjawab pun besar. Dan masa nilah kalau lelaki dorang join, baru dorang tahu havoc-havoc bini dorang berlaka, bahahahaha...