Wednesday, 29 April 2015

Easybook.com , online booking bas, keretapi dan kereta yang memang paling senang

Kebetulan cuti nak dekat untuk hari buruh dan sambung kepada hari wesak. Mesti cuti panjang, masalahnya aku berkerja pada hari sabtu setengah hari. (Mesti korang dah ada plan….jelous aku nok)

“What to do? “ Cungkit bahu.

By the way, I’m helping my friend untuk booking bas. ( ada ke booking online bas...aaa mestilah ada )Jujurnya, aku memang busy tahap mat gaban. Bila kawan aku minta tolong.

 “Ash boleh tak?” Tanya kawan aku.
 Aku jawab “boleh” ( tangan siap buat finger crossing)


"Boleh book keretapi, bas dan kereta online"



sebab tak nak hampa harapan dia. Godek punya godek ,I find very interesting website called Easybook.com (link). Ha…terbeliak mata aku tengok website ni.  3 in one okeh. Dekat Easybook.com ni korang boleh book bas, keretapi dan kereta.  senang kan ? 


Book bas online untuk kawan aku. Senang je macam booking online yang line

1) korang pilih  depart from dekat mana lepas to arrive kat mana. 
2) Pilih tarikh. 
3) Nak mudah coach letak All. 
4) Lepas tu kita boleh pilih sendiri.
5) Lepas tu isi borang. Dan Bayar 
6) Settel

*kalau nak tahu method payment dia as long korang ada credit card dan debit card -settel no problemo*

Easy step memang padan dengan nama dia.






Sambil menyelam minum air, aku pergi skodeng tiket keretapi ke Langkawi. Murah dowh....aku berangan nak naik coach keretapi yang malam punya tu. Nak feeling rasa "Harry Potter" lama dah tak naik train. Nanti kalau cuti panjang bolehlah. Lepas dah settel belajar semua. 





"Boleh pilih tempat seat"



Lepas tu back to Bus booking, yang best tu korang boleh pilih tempat seat. Tak yah risau. Sebab sesetengah tu akan automatik selected . Tapi untuk keretapi aku tengok tak ada.  Untuk ke Legoland daripada Kuala Lumpur , pilih seat masa nak pergi dan lepas tu nak balik.


Isi form , kat sebelah form tu ada total berapa. Pergi balik daripada KL - Legoland dengan mengunakan causeway Link Express untuk dua orang will cost you RM256.26. Murahkan???? senang cepat .

 Kawan aku tanya "dah book? "
"Beresss boss" Aku jawab dengan senyum ( dalam hati -mesti kau ingat aku pergi kaunter kan ...mesti kau kagum tahap time management aku mih mih mih mih)

Sharing is caring. Benda best aku cerita.  Perkhidmatan ni ada di Malaysia, Singapore dan Thailand. Kot ada seriau nak naik flight boleh gunakan perkhidmatan daratan. Semuanya di hujung jari korang. Antara lokasi popular dan selalu habis macam pisang goreng panas : 

perjalanan Singapore to Kuala lumpur, Melaka , Penang, Genting dan Ipoh  (vice versa)
Perjalanan johor to Kuala lumpur, singapore, penang, Melaka (vice versa)
Dan mana-mana perjalanan ke Genting highlands, Cameron highland dan Hatyai.



Moga entri ini dapat membantu mereka terutamanya siapa yang nak balik kampung dan juga pelajar yang rindu nak balik rumah mereka. 

Kesian , dulu masa tengok kawan-kawan yang duduk dekat pantai timur nak pergi raya kena book awal-awal. Sebelum aku dapat kereta, kawan aku Kak thirah berhempas pula daripada UPM serdang ( satu ketika dahulu pengangkutan awam sangat lousy ya) kena pergi CM , daripada CM kena jalan kaki pergi Pudu nak beli tiket. Bila aku dah dapat kereta , bolehlah tumpang-tumpangkan. Dorang ni kena keluar pagi...balik asrama dalam pukul 8 malam cam tu. tak kesian ? 


Dah tak yah pening-pening pasal Raya.... book awal daripada Easybook.com . Kan senang. Dah  book ke belum? cepat-cepat... yang bercuti tu....dah book ke belum? banyak tiket masa cuti hari buruh dah sold. Tak yah jejak kaki gi kaunter.

Thursday, 23 April 2015

Babi yang menyerupai Kambing biri-biri



Babi Mangalista, pernah dengar ? Aku? tidak pernah dengar hingga bila hari ini mencari bahan bacaan terjumpalah babi yang unik ini. Daripada dasar penyimpanan arkib, pernah jadi hit trending 3 bulan lepas .Tapi tidak pernah pula aku nampak ,termasuk dekat dalam mana-mana newsfeed facebook aku. Ke pasal aku sibuk? memang terlepas pandang tengok up trend terkini.





Kenapa tiba-tiba hari yang indah aku terkenan pula hendak bercerita pasal babi spesis ini?  point- point diberikan dibawah :



  • Dongeng mengatakan adalah cross-breed (kacukan ) antara babi dan kambing biri-biri tetapi bukan teori itu tak betul sebab crossing kromosom dia mana boleh buat. Dia adalah babi yang sebenarnya cuma bulunya adalah menyerupai seakan kambing biri-biri. Tiada DNA kambing dijumpai di dalam genetik Mangalista.
  • Adalah sejenis spesis babi yang "rare" dan jarang dijumpai untuk sesetengah negara. Namun mula menjadi komersial pada tahun 2006 kerana dikatakan lembut ,sedap dan memberikan stok penyimpanan daging babi yang banyak (disebabkan saiz dia yang besar)
  • Kenapa boleh terhasil macam bulu kambing biri-biri ? Mangalista terhasil daripada kacukan babi jenis  negara Hungary dan juga babi daripada Serbia (Serbia kan negara sejuk kebanyakkan binatang dia kan berbulu tebal). 
  • Tapi memang dia tak kacukan dengan kambing. Tapi rupa macam kambing. Sebab tu orang panggil dia Sheep-pig kalau kita translate betul-betul jadi Bahasa Melayu Kambing- Babi (burok rupenya kalau ditukar jadi Bahasa Melayu)


Apa yang ditakuti. Selain daripada dagingnya (Rasanya tentang isu daging babi jenis Mangalista ini tiada masalah di Malaysia cuma kita harus lebih berwaspada - Rujuk kepada Harian Metro). Tetapi bulunya kerana hampir menyerupai wool. Contohnya di atas adalah tenunan daripada Mangalista itu sendiri. Hampir sama macam wool kan ? Tak caya ni bulu Mangalista (klik sini).


Selang seli amaran dilakukan kepada orang Muslim kerana ciri-ciri daging Manglista lebih kurang sama dengan kambing. Mungkin itu yang mencetuskan kepanikan kita. Contohnya macam gambar dekat bawah ni :


Agak- agak yang mana satu daging Mangalista
,
,
,
,
,
*krik krik krik krik*
,
,
,
sebelah kiri adalah daging Mangalista ( Petikan gambar daripada link ini)


Istilah daging babi yang kita kena tahu (pssss.... ada setengah tu aku pun baru tahu sedikit informasi sharing is caring kengkawan)

Somay cu Nyuk : daging yang berketurunan babi

pig : Daging babi yang berat badan dia 50KG

hog : Daging babi yang berat dia lebih 50KG

pork ,swine  : Daging babi

boar : Daging babi liar

celeng : babi hutan

lard : Lemak babi

Bacon : Daging babi jenis smoke (salai)

Ham : daging babi peha ( Tapi jangan confuse kadang-kadang potongan hiris-hiris daging halus ayam atau daging untuk sandwich tu pun dia panggil ham)

sow : daging betina babi

sow milk : susu babi
bak : babi

Monday, 20 April 2015

Makeup Haul



Hi Korang!

Aku jenis maknusia yang light-light je make up. Hidup aku simple tapi janji kemas. Sebab  aku jenis maknusia yang  kulitnya sensitive. Zaman aku bermake-up tebal  adalah dalam 10 tahun lepas.

Zaman orang kata,culture shock nak tengok dunia.Zaman stock masa tu Orange tengah meletup, Chinoz Bangsar tak de mat rempit, Nouvo tempat untuk orang yang high class je, Backroom buka sampai pukul 6.  Planet Hollywood setiap hari Khamis kena datang. 

Kantoi dengan papa pukul 3 pagi


dan jangan lupa * Kantoi dengan papa one day pukul 3 pagi, dia bercekak pinggang kat depan bus stop rumah..... krik krik krik masa tu dekat tangan tengah ada rokok *.  Lepas tu terus kena cuci baik dengan mama. (kalau tak kena basuh , memang aku tak jadi oranglah sekarang ni).


Itu adalah last moment yang aku pakai make-up tebal stock baik punya kulit tak bernafas. Till one stage (aku tak ingat bila), lepas dah graduate aku penat nak bermake-up. Moment kau kena tonyoh muka kau dengan cetaphil adalah moment yang aku kena hadap kalau aku pakai make up yang full coverage . Sebab aku tak boleh pakai sebarangan pencuci muka, kalau tak habis mengerutu macam kodok. Muka aku cuma betul-betul fully coverage dengan make up bila ada event, big meeting, presentation project , majlis kahwin.Dah tu je.

Make up haul aku yang paling simple dekat dunia :  beauty cream safi, mascara hyper curl volume, Lipstick & blusher max factor dan sedikit semburan minyak wangi daripada Carolina Herrera 212 VIP yang aku pakailah sampai habis. (bulan depan baru habis nanti nak beli baru).



Nilah muka aku lepas mandi dan nak siap pergi kerja. Memang pucat lesi.


Aku memang dah lama pakai beauty cream Safi since 2000. Aku start pakai yang penutup warna hijau. Sampailah 2012 aku bertukar kepada safi rania beauty cream atas faktor kulit dah matang. Kononya awet muda. (Kalau nak tahu tengok perkembangan testimonial aku pasal Safi Rania Beauty cream klik link ni ) . Korang boleh nampak berubahan kulit muka aku. So far memang berkesan. Kena banyak bersabar dan setia.

One thing pakai beauty cream safi dia memang kesat kalau korang sapu pakai jari. Sebab tu aku pakai span foundation untuk beauty cream safi. Untuk Beauty Cream Safi Rania, kalau korang nak berkesan, nampak awet muda, putih - amalkan pakai dengan sapu naik ke atas.  Aku akui untuk 1 jam pertama bila korang pakai beauty cream safi. Ni bercapuk-capuk nanti dah lepas 1 jam dia akan neutral ikut kulit kita.  Dulu-dulu masa start pakai beauty cream safi,lepas pakai aku akan layerkan dengan loose powder nak kasi rata. Tapi alhamdulilah, aku memang setia habis dengan Safi sekarang efek dia. Hidup kau tak payah nak bermake-up sangat. Kulit rona memang dia akan ratakan.

Lepas dah sapu rata. Rata tak rata sangat. Nanti dia cair sendiri. Untuk siapa yang dah amalkan Safi sekejap dia akan cair ikut kulit darah kita. Kalau first time pakai....lama kot nak tunggu.

Masa nak tunggu dia sekata dekat kulit, kita start pakai eyeliner dan mascara. Aku bukan stock jenis pakai eyeshadow. Susah nanti dekat office nak ambil wudhuk. Sebab nanti sememeh muka kau lepas ambil wudhuk. Colour dia melekat-lekat. Bawa pencuci muka? sorry aku malas nak beratkan handbeg aku.



Dah siap...make up paling senang dekat dalam dunia.




Friday, 17 April 2015

Kelebihan Tempat Parking (Underground) KLCC




Chedet ( Tun Sri Dr. Mahathir) adalah seorang yang brilliant . Salah satu idea dan inpirasai beliau , yang kita dapat lihat dalah Menara Kembar Petronas atau lebih famous dikenali sebagai KLCC. 

"Mahathir is Brilliant"


Back to the story ,KLCC bukannya tempat untuk bershopping atau pejabat-pejabat daripada company termuka. Hampir keseluruhan bangunan dia mempunyai peranan masing-masing. Termasuk parking dia.Tempat parking KLCC bukan sekadar tempat letak kenderaan. Terdapat tunnel-tunnel yang menghubung jalan-jalan utama di KL City.


"Parking KLCC is Hidden Highway (underground highway)"



1. Jalan Ampang
2. Jalan P.Ramlee

3.Jalan Pinang


4.Jalan Tun Razak


5. Access ke Ampang

6.Ampang ke KL

7.Access to KL through Eleveted Highway Sultan Ismail, Keramat, Jelatek etc


Get it ? it just not for park your vehicle , it can be highway tunnel.  Biggest exchange tunnel highway and I believe only in Malaysia. Bukan sahaja dekat Malaysia, mahupun dunia. Tak ramai yang sedar akan kelebihan parking undeground KLCC ni.

Map :  Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee



Map 2 : Ampang- KLHighway (AKLEH) ,  Sultan Ismail,  Jalan Tun Razak


Apabila mengalami kesesakan lalu dengan otak tepu, duit bukannya pengukur masa tu. Unless kalau korang jenis kemut dan benut. Sekali masuk RM4 untuk underground highway korang akan berkira-kira. Tapi kalau jem jenis tak moving tahap standstill . Aku rasa minyak pun boleh melayang hilang at less 2 bar. Kan ?

Dan jangan terkejut, kalau petang-petang kat bawah ni sesak banyak kereta sebab kebanyakan orang KL akan gunakan alternatif parking ni untuk shortcut dan highway. Korang boleh perasan laluan utama banyak kereta. Tak caya? pergi rokok kat parking bawah pada saat orang balik kerja. Ambil tiket parking kereta dekat tepi, bayar parking lepas tu pergi teruskan perjalanan korang. Tapi kalau nak jimat masa . Top-up touch and go siap-siap.

Sebab tu kalau ada event petang-petang dekat area KL City , aku cepat sampai. Pasal aku guna laluan Parking KLCC ni. Brilliant tak ?Informasi ini berguna apabila bulan Ramdhan atau pun KL sedang mengalami kesesakan lalu lintas tahap dewa.

*Sharing is caring*

Thursday, 16 April 2015

Mosth Hate This Month

April most struggle month for Malaysia. We need to admit it . History stated 1 April 2015, Malaysia start implement GST in certain goods. Fuuuh  dealing GST in my company fuuhhh... need to admit there are lots of confusing for the calculation. After finish work, I become irate person.  Everything does matter to me.

Things that I can't accept nowdays :

1) GST - GST ok! I did read my friend status, Malaysia capitalise  similar to The Hunger Game storyline (is movie , if you wondering what is "The Hunger Game") . Yang kaya akan terus jadi kaya dan miskin akan terus menjadi miskin.  Wondering why ? sempena GST ramai peniaga mengambil kesempatan. Semalam, aku jalan pergi makan cucuk dekat Ampang sana. We estimate the street steamboat satu lidi adalah RM1. Cheap. Cheap enough for those who has low salary. Selalu aku makan 10 cucuk. I will be charge for RM10. I never complaint because it fresh, taster, and most affordable protein that all people can eat. But after GST it cost you RM15 however the quality low, tak fresh, masam, dan kuah kacang yang cair.

Bukan tu je, aku pergi makan dekat gerai ayam dara/kampung terkenal di Velderom, Cheras. separuh nasi, air kosong satu, satu gelas air laici, lauk dia kepak ayam kecil gila dengan ikan bakar eat for two. Guess what the price is RM23. What the fish?

Ideology to survive for GST 
  • Peniaga kecilan ambil kesempatan, padahal tak semua barang kena GST. How to survive? Lepas ni think twice if you want to eat at gerai. Nowadays , our "gerai" will be Fast Food restaurant. Daripada kita dikenakan harga mahal , tak de resit. Pilih tempat yang dah establish .
  • Careful to spent your money. Example I would suggest us to shopping  grocery dekat Branded market instead of kedai kecil. Why we should pay more untuk quality cipot but we can get it dekat Mall. Kan?  Itu salah satu cara untuk baikot peniaga yang ambil kesempatan.







2) Baby on lap - I don't understand parents nowadays. Bangga bawa anak jalan atas riba masa kau tengah drive. Kalau darurat, I understand your situation because I have small brothers and sisters. Ingat lagi tak kisah Britney kena kutuk sebab bawa anak dia atas riba ?  Furthermore her ex-husband guna alasan ni untuk menarik hak penjagaan anak-anak. Padahal masa Britney buat macam tu ada orang dekat sebelah dia.

Semalam, I have night ride in KL. Terjumpa satu kereta. Melayu lelaki, drive seorang buat macam tu dengan anak atas riba. It was the stupid thing that I ever saw in my life. Bukan tu je, dah lah drive anak macam tu, tingkap sebelah dia buka luas and you can see his child aggressive excited. Apa dia fikir ? Denga harapan selfie caption " anak nak duduk atas riba, tak sampai hati" dalam Instagram dan ada 100 orang like....100 orang pun ikut sekali buat macam tu...stupid. Stupid rich people.Distance dia bukannya dekat, imagine daripada MINDEF pintu belakang sampai masuk jalan area KLCC entah hilang kat mana.... stupid

3) KWSP - Last issue...ditangguhkan pengeluaran daripada 55 jadi 60. Stupid decision. Not all malay works as government sector. I wondering should I still work till 70? I not sure either they still proceed this stupid decision or not. Some said yes, some said not.After receive this stupid news, I share one post from others blogger in my facebook and I don't give a damn. Time to pray hard and work hard . Janji sumber pencarian kita daripada pencarian HALAL! 



Nah ambik sebijik

Finery London



Meet another High Street brand nama dia Finery London. Term perkataan " High street" merujuk kepada street brand yang berasal daripada London. Basically Finery London lebih dikenali sebagai online  pakaian untuk perempuan.  Dilancarkan pada tahun lepas 2014, menapak dengan pesatnya dan sedang conquer pasaran dekat dunia . 

simple,  modern dan sophisticated



Konsep fashion yang cuba disampaikan oleh Finery London adalah simple,  modern dan sophisticated . Dan yang penting sekali affordable tapi nampak mahal =)Jom cuci mata sama-sama, yang berhijab kita mix-match dengan inner or legging dan lagi satu cardigan . Jangan lupa footwear yang sesuai seperti bot atau sandal gladiators. 



Brenton  Maxi Drees ( RM339.00)





Hargreaves Trouser Navy ( price n/a)






Kestrel  Jersey Fill  Side Top ( RM129)







Sidney Seam Detail  Boxy Cardigan ( RM179)




Finery London | Zalora


Tuesday, 14 April 2015

Tempat yang ada Nasi Lemak Best Dekat KL



Nasi lemak , boleh tak aku kata sebagai salah satu makanan khazanah orang Malaysia ? Orang cina, India dengan Melayu Malaysia semua suka makan nasi lemak. Kalau nak tahu Nasi lemak tu sedap ke tak, tempat tu ramai orang cina makan. Serious tak tipu. Sebab orang cina dalam hal cerita Nasi lemak adalah sedikit fussy ( ini apa yang kawan cina aku cakap lah). Tapi apa yang member cina aku cakap tu memang betul. Orang melayu dengan India main bedal je. Janji boleh makan halal dan bukan lembu (untuk siapa yang tak amalkan makanan berdaging).

Berikut adalah Nasi Lemak best yang ada di sekitar KL

Nasi Lemak Wak Wanjor

Picture taken from http://masak-masak.blogspot.com/ as reference

Ini adalah salah satu nasi lemak legend di Kampung Baru. Kalau ramai orang gila kan Nasi Lemak Antarabangsa dekat Kampung baru. Sedap lagi Nasi Lemak dekat Warung Wak Wanjor. Warung ni aku dah makan since masa aku zaman university degree aku dengan Ex sampailah sekarang aku dengan orang baru. Hurmm memang legend . Aku saje je tanya ex-ex aku dengan orang yang aku bercinta sekarang rata-rata akan senaraikan Wak Wanjor dalam list dorang.

Location : Nasi Lemak Wak Wanjor, Jalan  Raja Muda Musa, Kampung Baru ( tutup hari Ahad) 
Landmark: Cari pintu gerbang Kampung baru. Kedai dia tersorok sikit dah masuk Gerbang tengok sebelah kiri cari sign Warung Wak Wanjor. Dekat situlah nasi lemak dia. Selalu fullhouse








Nasi Lemak Famous

Picture taken from http://www.hungrygowhere.my/ as reference

Nasi lemak Famous pun antara Nasi Lemak legend yang aku pernah makan. Yang ni memang daripada zaman aku clubbing masa tu Chinoz Bangsar meriah lagi tak ada mat rempit. Dan masa tu memang tak ada food court lagi dekat Bangsar. Dia dekat tepi kedai use car  yang berdekatan dengan food court sekarang. Masa dulu-dulu, lepas habis clubbing terus pergi dekat Kedai dia (dulu bawah payung dan langit je). Very humble. Memang terbaik!!! ayam panas-panas lagi. kerak-kerak ayam dia. Haish...sambal yang boleh melelehkan hingus. Sedap wei. Lepas aku dah cuci kaki daripada clubbing  adalah 10 tahun lepas . Aku datang balik dia dah tukar tempat dekat food court. Masih lagi macam dulu.


Location : Nasi Lemak Famous, Food court Bangsar.
Landmark : Cari tempat jual kereta terpakai lepas tu dekat dengan Bangsar Villange Mall 2 (belakang dia kan ada food court ha.. kat situ)




Nasi Lemak CT Garden

Picture taken from http://onetimeburning.blogspot.com/ as reference

Nasi lemak CT garden! atau orang dekat sini panggil Nasi Lemak Tetek!!!! (sorry lucah sikit tapi betul semua tempat kerja aku pergi kecuali tempat baru aku sekarang ni akan refer Nasi Lemak ni as Nasi lemak tetek) Kenapa panggil macam tu? sebab dia bungkus comel-comel lote. eheheheeh. Nasi lemak ni pun legend suka terletak di Kampung Baru. Buka petang hingga lewat pagi. Daripada dulu sampai sekarang ramai orang. Korang masuk dekat sini layan diri. Pilih nasi lepas tu pilih lauk baru cari tempat duduk. Kalau datang ramai-ramai suruh salah seorang member korang jaga meja dia. Dulu aku makan nasi ni tak silap 40 sen. Sekarang tak silap dah 90 sen. Tapi lauk pauk dia memang terbaik.

Location :  Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung baru
Landmark : Masuk ikut Jalan Dewan Sultan Sulaiman ,dekat dengan Sekolah Puteri Wilayah
Tips : Kat sini baik-baik sikit nak parking, Kalau boleh janganlah pakai barang branded sangat sebab tempat parking tepi-tepi tu banyak mat gian dengan kutu rayau. Lepas parking tu kasi RM2 jalan. Malas nak cari pasal.






Nasi Lemak Taman Kosas

 Picture taken from http://azhariahzuber.blogspot.com/ as reference
Lagi satu nasi lemak legend yang kali ni terletak dekat Taman Kosas Ampang. Tempat ni aku tahu masa tu aku tengah gila main counter strike dekat cyber cafe. Aku ni tomboy sikit dulu tapi bertopengkan skirt(dululah masa tu tak bertudung lagi). Sekarang command counter strike pun aku dah lupa. last kali main dekat Unifi dulu, lepas aku curi-curi masuk main dengan budak-budak. Lupa dah nak tugar gun, lupa macam mana nak jump dengan Duck. Lupa. Ok... back to Nasi lemak ni memang best. Ayam dia menjadi pujaan orang ramai. Sebab tu dia turut dikenali sebagai Nasi lemak Ayam Cruchy. Sambal? hebat...aku selalu minta timun lebih sebab nak ratah dengan sambal dia. Sedap woo..

Location : Taman Kosas Ampang/
Landmark : Dulu tempat dia dekat gerai-gerai food court lepas tu dah runtuh, dia pindah dekat bertentangan Pusat service proton. Korang cari Taman Kosas punya pusat service mesti jumpa dia.


Nasi  Lemak, Mapley Maulana Serdang



Nasi lemak dekat dalam Mapley yang booth dia orang melayu. Selalunya by tengah hari nasi lemak tu mesti habis. Yang  ni tersasar sikit daripada sekitar KL. Tapi bolehlah aku masuk dalam list. Nasi lemak dia kalau makan kosong je dengan sambal pun tak ngam ngam. Menjadi buruan pelajar UPM dan aluminium UPM macam aku ni *ngeh* . Kalau nak feel datang on weekend sebab tak banyak kelas. Bahagian yang paling best adalah bahagian peha dan kepak. Sambal kasi extra pinggan lain. Lepas tu boleh cecah dengan timun dia. Harga dia pun ok lagi tak mahal. Maklumlah dekat dengan tempat belajar. kenalah murah sikit


Lokasi; Maulauna Serdang lama,  Jalan 18/23, Taman Sri Serdang
Landmark; Cari pintu belakang UPM masjid tu (berdekatan area situ) dan satu row dengan The Legend Curry House , nasi daun pisang yang best gila kat area tu. Alah senang-senang cari branch Maybank Serdang. Mapley tu corner lot.

Strawberry Field Cafe, USJ Taipan


Lepas dah penat lelah bermain Trampoline dekat Enerz Extreme Park ( Catch my entri dekat link sini ). Ada lah lenjan main nak dekat 2 jam. 1 jam tu sebenarnya dah penat dik. Sumpah kaki aku dah mengeletar-geletar. Masuk ke dua jam.... pergi baring atas Trampoline tu buat kuak rentang. Mampu?

Masa tu ada aku kisah????
Kau nak tengok aku macam ikan paus yang terbaring kat tengah-tengah tu sebab kepenatan. Memang aku tak kisah. Aku penat dan lapar. Tapi gagah nak main lompat-lompat sebab memang best macam terampung dengan ringan kat udara. Bahahahahaha *moment tu je buat aku rasa kurus*




Alang-alang dah lepak dekat USJ, nak lepas rindu lepak dekat Taipan. Taipan ni used to be tempat lepak aku. Zaman era masa tu project ada lagi. Hartamas Square ada lagi, Bangsar Jalan Telawi jadi tempat lepak dulu-dulu. Aku tak tahu what happen in this era . Siapa yang sama zaman dengan aku, You feel me tak ? Lepas Hartamas Square tak ada. Satu-satu tempat lepak havoc kita dah hilang. 


"tempat lepak havoc kita  yang dulu dah hilang"




What happen to Taipan ? Aku melangkah lalu....banyak tempat makan dulu-dulu yang havoc dah kurang orang. Ada yang ada lagi. Tetiba nampak Strawberry Field.yes!!! ada lagi!!!! compare PJ old town punya branch dengan USJ Taipan. Aku lebih suka Strawberry Field dekat Taipan.

1. Murah
2. Banyak choice

3. Mestilah sedap!!!!





Aku dah kata dah lepas main Trampoline aku memang penat gila. Siapa cakap main 1 jam tak cukup..naaah rupa aku main 2 jam. penat . Makan dekat sini flashback memory aku. Tapi paling jitu memori aku dengan Aunty Nim, Ana dan Am. 

"continental local"

Kalau korang tanya Strawberry Field Cafe ni sediakan makanan apa ? Bacisally dorang adalah berkonsepkan continental local. Nak kata Fushion tak ada lah Fusion. Ada local food, Western, Chinese dan local street food. Tapi aku paling suka Chinese style food dia dekat sini. Yang penting halal. Jangan risau.


Noodle yang dimasak dengan Chinese Style adalah paling recommended dekat sini. Customer dia banyak Melayu. Pasal ini antara tempat makan yang tidak membangkitkan perasaan was-was. Aku makan Chinese Kwa Teow dan BFF aku makan Hong kong Noodles.





Tak mahal pun makan sini, dish bermula dengan serendah RM5 hingga RM50. Depends on what you order.


Strawberry Field Cafe ( Branch USJ Taipan)
26, Ground Floor  , Jalan USJ 10/1B
Taipan Busniess Centre , Subang Jaya

Monday, 13 April 2015

Makanan Yang boleh dimasak dengan mengunakan Periuk Nasi


Dulu masa duduk asrama univerisity , siap bawa periuk nasi. Periuk nasi ni kalau kita kreatif macam-macam boleh masak. Aku teringat dan throwback , zaman-zaman masa belajar dulu memandangkan adik-adik yang ambil SPM 2014 , result UPU dia akan bakal keluar anytime around this corner kan ? 

Idea ni hakak  teringat masa tu, kecil-kecil hakak tinggal dengan papa hakak. Mama hakak masa tu outstation luar daerah. Papa hakak sibuk gila , sampai terlupa nak check gas dapur. So malam tu, papa hakak masak gunakan periuk nasi ( kreatif bapak aku ni ). Dia masak dulu lauk, panas minyak masakan telur. lepas tu masak sayur kacang. Lepas tu baru masak nasi. Hebat betul ayah aku ni.


Sayur Goreng

picture from https://octopusgourmet.files.wordpress.com
Boleh masak sayur goreng dalam rice cooker. Senang je. Cuma perencah tu janganlah pakai yang lambat masak contohnya bahagian daging atau ayam. Pakai seafood.

Bahan :
Sayur  ( Tak kisah lah sayur apa tapi potong halus sikit jadi cepat masak)
minyak  sikit minyak biar penu ruang sikit tekan suis on dia tunggu sampai nampak macam buih sikit maksudnya minyak dah masak lah tu)
2 bawang merah kecil ( mayang halus-halus)
1 bawang putih ( mayang halus-halus)
2-3 sudu air (optional)
garam ikut rasa
3-4 sos tiram/kicap


Panaskan minyak, lepas tu masuk bawang merah dengan bawang putih (gaul rata). Bau dah bangkit letak rencah kalau ada.lepas tu letak sos tiram/kicap dan gaul dan baru letak sayur. Bila sayur tukar bentuk . Letak garam ikut rasa dan lepas tu boleh angkat. Senang je macam masak atas api cuma bezanya masak atas periuk nasi kena cepat.


Mac and Cheese

picture from http://www.professionalfatpeople.com/

Periuk nasi pun boleh masak pasta yang mudah. Dan pasta yang paling senang nak masak adalah Mac and cheese.


Bahan
2 Cawan macroni
1 cawan susu
1 kuib ayam
1 cawan keju


Masak air dalam periuk nasi, tunggu sampai dia mendidih baru masuk macroni dan kuib ayam. Lepas tunggu sampai macroni dah masak. Angkat periuk dan buang air tu dan tos. Lepas letak susu sikit dulu (cukup untuk penuh ruang ). Panaskan susu lepas tu masuk macroni yang dah tos tu dan letak cheese. Gaul dan gaul sampai cheese cair. Sekali -sekala tambah susu balance yang ada. Ada setengah orang suka mac and cheese dia basah-basah ada setengah orang suka kering.




Sup 

picture from http://mistyyoon.com/

Masak sup lagi senang, belilah perencah siap-siap. Cuma korang kena beli bahagian nak masak contohnya daging ke, ayam ke tapi kalau masak pakai periuk nasi hakak recommend adik-adik masak sup ekor. Memang terbaik. Follow je instruction perencah tu. Cuma korang tak boleh biarkan periuk nasi macam tu takut korang careless. tau-tau air dah kering. Senangkan? campak-campak




Sagu Gula Melaka

picture from https://encrypted-tbn1.gstatic.com/
korang masak style bujang sudah. Periuk nasi ni juga kalau pandai boleh masak dessert. Senang je beli sago. Masukkan dalam air panas yang dah didih tungguk dia dah masak sampai tak ada biji-biji putih tu. lepas tu angkat dan tos air letak dalam bekas comel-comel contohnya bentuk love tu. Lepas tu ambil 1-2 cawan susu segar rendah lemak (depends kalau kau nak lebih-lebihkan susu). Masak susu ni dengan beberapa ketul gula melaka yang dah siap potong halus-halus. Kalau dapat serbuk lagi bagus.  Gaul -gaul sampai cair gula melaka tu. Kalau nak wangi jangan lupa letakkan daun pandan.
Dah masak. Boleh tuang atas sagu tadi. Jalan.



Rebus Makanan

picture from https://findingtimeforcooking.files.wordpress.com/
Tau tak petua orang tua, kalau nak lembutkan daging rebus pakai rice cooker? haaaa tapi tak boleh tinggal macam tu takut air kering. So korang boleh rebut makanan contohnya macam sausage , jagung ( potong kecil -kecil). Atau pun beli tempat stim. Rebus pakai  rice cooker. Pun jalan.Senangkan duduk asrama? Mana tahu tekak tak boleh masuk nak makan makanan cafe sebab home sick rindukan rumah.

Haaa apa kata nak masuk univerisity barang wajib korang kena ada , adalah periuk nasi. Beli yang comel-comel sudah . Tak payah gedabak. Tak caya gi testing pakai mak punya kat dapur tuh. Percayalah dah lama-lama nanti korang akan master dan boleh variety resipi apa.

Sunday, 12 April 2015

shopping barang branded original dan paling murah


Hi,

Just nak share. I wondering kalau you guys nak beli barang branded original dan murah macam mana? From my own personal opinions harga to the max yang boleh aku belanja untuk sesuatu barang yang branded dan original adalah RM5K (itu pun kena fikir dua tiga empat kali, should I or should not). Aku tak akan simply membazir duit aku more than RM5K. Baik kumpul duit bawa mama dengan papa pergi makan sedap/ simpan duit sambung untuk my next level education.

 

"branded original dan murah"


Plus papa memang dah train aku well, beli barang branded , lepas tu pakailah sampai terkoyak/rosak. Dan selalunya untuk aku rosakkan barang-barang papa beli tu memang tak dapatlah. Barang yang kualiti (sometimes tak branded pun) memang susah rosak.

"At least 3 A in Exam"


 Dan aku tak akan sewenang-wenang rosakan sebab kalau Aku tak dapat A dalam result exam. Aku tak akan dapat habuan aku (at least 3A aku kena dapat). Maka disebabkan itu aku lebih appreciate dengan apa yang aku ada. Plus papa selalu cerita masa kecil-kecil macam mana papa struggle untuk hidup, untuk belajar tinggi dia kena makan kulit roti  itu pun dia kutip dekat kedai-kedai. Menyebabkan aku lebih cermat untuk shopping.  I love fashion, but I have my own way to spent.Semestinya kita nak merasa barang Original kan ?


Warehouse Branded Sale

I'm not keen enough sebenarnya nak attend warehouse sale. First, pasal kena berasak -asak dengan orang ramai. Second , selalunya warehouse sale barang branded yang kita suka buat pada office hour. Dan aku bukannya jenis nak perhabiskan waktu kerja aku untuk pergi warehouse sale. But sometimes is worth it sekali sekala kalau dapat jenguk warehouse sale. Depends. kadang-kadang dorang ni jahat suka letak barang lama-lama. But depends juga. Semuanya depends. Tapi worth it bila barang tu korang boleh beli dengan murah dan yang penting O.R.I.G.I.N.A.L kualiti.  Rajin-rajin tengok website ni : http://www.shoppingnsales.com/warehousesales/



Kirim Barang

Kirim kawan atau saudara yang bakal ke oversea atau duduk sana. I'm glad sebab my cousin, Kak Amy memang kaki merayap ke luar negara ( aku rasa satu dunia hampir dia pergi). I'm glad too , tak payah kirim dia apa-apa. Pasal Kak amy dah beli barang siap-siap dan jual dekat sini bila dia balik, aku bersyukur semua barang dia jual so far memang hit point interest aku.  Barang oversea lebih murah kalau berbanding kita beli di Malaysia. Tapi bila korang kirim tu janganlah banyak songeh nak tu nak ni. Memang tak dapatlah. Selalunya aku kasi je duit kat kawan aku. Aku cakap nak VS limited edition apa-apa yang worth it. Deal. ( kat oversea barang-barang kita sangka branded tu longgok-longgok je macam baju dekat pasar malam)


Scoop

Scoop adalah barang-barang branded dan original yang dijual lebih murah daripada Mall. Basically  Scoop ni adalah preloved item. Kenapa aku suka Scoop compare to preloved item group yang lain pasal majority barang-barang ni tak dipakai lagi. Majority adalah kepunyaan mak-mak datin dan anak-anak orang kaya yang wardrobe dorang tak boleh sumbat lagi. So basically korang dapat barang yang tak dipakai lagi lah. Macam mana nak tahu original ke tak? Gerenti original sebab barang original will comes with certificate. Sebab bila rosak, korang boleh  hantar ke boutique brand tu untuk repair by showing the certificate. Mostly barang aku, aku beli sini. Check out their Facebook:
Scoop ( jangan rambang mata! kbye)


Lazada


Check out Lazada. Majority barang dorang dijual murah dan memang original. You will not believe it!!!!!! Aku pernah cakapkan dalam blog yang lepas yang handbag Furla yang beribu riban tu boleh dapat dengan harga RM900. But limited stock. Cepat habis. Siapa cepat dia dapat. URL : Lazada

Celebrity Pre Loved Sales

Rajin-rajinlah follow artis-artis dekat IG dorang. Aku suka follow Nabila Huda , first pasal dia sincere, dia tak hipokrit untuk pretender jadi orang lain. Second pasal dia business minded and third, pasal sense fashion dia. Sama macam scoop , dorang kadang-kadang beli barang/ dapat barang sampai tak terpakai barang tu. End the end, dorang terpaksa jual. Barang-barang ni kalau tak pakai nanti reput.Betul tak?  Example baru-baru ni aku pergi The yard Sale dorang buat. Gila tu beg Armani Exchange dia jual RM100 je.....tak meroyan? meroyan aku kejap. Follow IG siapa yang business minded , mostly dorang selalu buat car boot sale, yard sale...macam-macam sale lah...which is sangatlah murah.


ok dear... I hope this tips can helps you. Be humble but fabulous!  muaaahhh